Fairuz sampai ke rumah dari Kota Kinabalu pada pukul 1:30 malam. Apabila Fairuz ada di rumah, terasalah sedikit kemeriahannya. Malam tadi makan sahur bersama dan petang tadi berbuka puasa bersama-sama juga. Hidangan kami ringkas sahaja, sekadar memenuhi selera Fairuz dan Firdaus. Encik Suami pun tak banyak karenah, sebab nanti selepas terawih di kampung memang ada jamuan ringan lagi. Katanya, biarlah berbuka puasa sedikit saja, nanti tak larat nak angkat badan waktu solat terawih! Baginya, yang penting ada kurma, buah-buahan dan minuman serta salad. Itu sudah memadai.
Amie penuhi keinginan Fairuz untuk makan coleslow. Sewaktu bersahur, dia terjumpa baki coleslow yang Amie buat tempohari. Katanya, kenapa tak tinggalkan untuknya? Jadi, buka puasa hari ini Amie buatkan Fairuz coleslow, dan tidak ketinggalan penuhi permintaan Firdaus untuk makan kentang goreng. Sudah terlanjur buat coleslow dan kentang goreng, eloklah buat sayap panggang sekali. Masak dalam air fryer saja. Senang cerita. Kemudian panaskan baki sos black pepper dan masak sedikit sup jagung. Minumannya pula, Amie hidangkan jus goji berry.
|
Sayap ayam panggang, kentang goreng, sos black pepper, coleslow, sup jagung & jus goji berry. |
|
Pengat labu kuning. |
Untuk selera sendiri, Amie buat pengat labu kuning. Sebenarnya tak banyak pun yang nak dimakan. Cukuplah sesudu dua saja, sekadar memenuhi keinginan. Inilah yang dinamakan rezeki Allah. Masak untuk selera sendiri, tetapi hasilnya berganda-ganda. Apa tidaknya. Amie gunakan 1 kg labu manis kuning. Cantik isi labunya. Amie tambahkan 1 tin jagung dan 1 tin jagung krim. Tambah lagi satu cawan sagu biji. Aromanya memanglah cukup menggoda dengan bau daun pandan, ditambah pula dengan gula melaka! Tambah lazat apabila dituangkan pati santan dan sedikit susu cair serta secubit garam! Dapatlah seperiuk penuh.
Semangkuk hulur kepada jiran sebelah kiri, dan semangkuk lagi untuk jiran sebelah kanan. Selebihnya Encik Suami bawa ke kampung. Di sanalah nanti mereka akan jadikan juadah moreh untuk malam ini.
|
Buah tembikai. |
Sebelum waktu berbuka puasa, jiran sebelah kiri hulurkan buah tembikai. Tukang buat jus buah, Fairus cekap betul menjalankan tugas. Sudah ada jus goji berry, dia nak juga jus buah tembikai! Jadi, kami pun minumlah dua jenis jus buah sewaktu berbuka puasa.
|
Coto daging rusa. |
Jiran sebelah kanan pula hulurkan semangkuk coto daging rusa. Coto ye, buka soto. Kalau coto kuahnya lebih gelap seperti di atas. Kalau soto macam yang kita biasa makan, kuahnya agak jernih. Kuah coto daging rusa ini ditambah dengan kacang tanah. Pernah tak dengar coto Makassar yang selalu Amie kongsikan? Begitulah lebih kurang rasanya. Coto ini boleh dimakan dengan lontong, buras, suhun dan juga nasi.
Tidak ketinggalan, jiran sertakan sambal coto di bawah ini. Wallah! Enak banget rasanya.
|
Sambal coto. |
Abang Farid pula, katanya hari ini berbuka puasa di rumah kawan. Abang Farid buat sandwich dan bawa buah kurma. Senang hati kita melihat anak bujang di Seri Iskandar pandai hidup berkawan-kawan.
Fuad pun hantar laporan dari Johor. Kali ini beli makanan siap untuk berbuka puasa. Nampak macam ada roti john. Ada kurma. Telur dadar. Ayam panggang dan ikan kembung masak singgang.
Encik Suami pula, tak cukup bertanya keadaan waktu berbuka puasa anak-anak bujang berdua itu. Nanti, selepas sahur sementara menunggu waktu Subuh, sempatlah lagi menelefon kedua-dua bujang kesayangannya. Sudah bangun sahurkah? Sahur apa?
Itulah Encik Suami!
Tak lama lagi sampailah Encik Suami ke rumah setelah selesai solat terawih di kampung.
Sedappppnya pengat labu kuning tuuuu! Buah tembikai makan time berbuka memanggg sedapp, nak nakk sejukkk, lagi sedappp. Daging rusa tu rasa apa kak amie? Sama macam daging lembu ke? Hehehehe
BalasPadamDaging rusa tak sama macam daging lembu dik. Daging rusa lebih lembut.
PadamTerliurnya pengat labu tu.Puasa kali ni belum berpengat lagi.
BalasPadamDulu zaman membaca majalah,selalu ada coto makassar.Saya ingatkan soto.Kot la dielek sebutan sahaja.Rupanya lain yer cikgu..Belum pernah makan
sedapnya coto daging rusa biasa mkn soto ja
BalasPadamMeriah lauk bujang anak² bujang akak... tembikai tu sembunyi sikit kak... bahaya laaa.. hahaha
BalasPadamKat LD memang mudah dapat daging rusa ka. Pengat labu peberet tapi kalau masak lemak lagi suka. Nampak tembikai tu yang nagak boleh tahan....tapi kat KL ni petang hujan berbuka layan air panas je
BalasPadamKalau tengok pada sambal coto tu, memang ketara la perbezaannya dgn soto, tapi rupa soto yg dimasak kita, seakan2 rupa coto daging rusa tu. Pengat labu tu nampak terlalu sedap
BalasPadamslmt berbuka
BalasPadamsedapp menu semuanya
dah lama x masuk blog akak...teringat2 masa berbukaa...ni dapat masuk..alhamdulillah akak masih bersiaran....teruskan ber blog..
BalasPadamsedap2 nampaknye juadah berbuka puasa kak amie sekeluarga
BalasPadamHadoi... sedap tu daging rusa.. Tapi tak pernah makan masakan coto nie.. nampak menarik..
BalasPadamDana pun sejak puasa bertiga menu nya ringkas je kak, macam tahun lepas ada adik bongsu berpuasa sekali meriah la menu di masak. Tahun ini sederhana seadanya, firdaus boleh geng aiyan setiap hari mesti ada fries sampai kadang kita yang jemu.
BalasPadambest menu berbuka akak, seronoknya bulan puasa saling kongsi menu berbuka dengan jiran.
indahnya chicken wing itu!
BalasPadamAlhamdulillah, sedapnya tengok gambar hidangan berbuka. Paling saya suka, kepak ayam tu. :)
BalasPadamAmie...semuanya sedap2...coto tu pertama kali akak tgk
BalasPadamJarang ye ayah yang beria tanya khabar anak begitu. Kalau ada pun anak perempuan. Hehe. Biasa emak yang rajin telefon. Tak kisahla kan janji kak Amie n famili sihat dan dimurahkan rezeki. Dapat makan sedap hari-hari
BalasPadamtembikai tu manis tu... tengok pon tau!
BalasPadamSedapnya pengat labu.
BalasPadamAlhamdulillah 🤲🤲
BalasPadamcoto daging rusa? saya nakkkkkkkkkkkkk
BalasPadamSeronoknya berbuka beramai- ramai kan...SAsemlam jer rasa meriah sikit sebab adik balik berbuka bersama
BalasPadamHidangan berbuka lengkap ada pemanis mulut ada buah. Pengat labu saya tak pernah makan lagi. Mungkin boleh cuba nanti. Meriah juadah berbuka rumah anak-anak bujang akak, farid dan fuad.
BalasPadamTerliurnyaaa ngok smua makanan ni..haha
BalasPadam