Pages

Selasa, 13 April 2021

Sayur Harga RM60

Petang kelmarin, dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu, Fairuz bersama abang-abang sepupunya singgah di Kundasang.  Encik Suami sempat telefon, dan pesan supaya beli sayur. Ketika Fairuz sampai ke rumah, kami sudah tidur. 

Pukul 3 pagi, Amie bangun untuk masak sahur. Encik Suami pun tolong apa yang patut. Biasanya Fairuz yang menjadi tukang masak untuk sahur di bulan puasa. Oleh kerana dia keletihan, jadi kami ambil alih tugasnya. Mata kami terus segar sampai ke pagi. Apa tidaknya! Sebaik sahaja masuk dapur, terpandang pelbagai jenis sayur atas meja. Tak lain tak bukan, sayuran  yang Fairuz beli dari Kundasang. Macam beli sayur untuk buat kenduri pula.

Kata Fairuz, sayur-sayuran itu dia beli gunakan duitnya sendiri, hasil upah bantu uruskan bekalan ikan ke Kota Kinabalu bersama abang-abang sepupunya. Barangkali pertama kali beli sayur, seronok sungguhlah Fairuz memilih. Semuanya dibeli dengan harga RM60.


Encik Suami kata, tak perlulah beli begitu banyak. Cukup beli dua tiga jenis sahaja sebab setiap 3 hari sekali pasti singgah di situ  dan boleh beli lagi.


Kami agih-agihkan sayur-sayuran ini kepada jiran tetangga dan Fairuz turut bahagikan ke rumah rakan baiknya. 
Terasa lucu juga bila dikenangkan betapa terujanya Fairuz membelanjakan  duit hasil titik peluhnya yang pertama.
 

12 ulasan:

  1. memang macam nak buat kenduri kak heheheh... dia pun rambang mata nengok ada pelbagai sayur segar itu dia borong

    BalasPadam
  2. Pertama kali mengunakan duit hasil bekerja tu yang bersemangat beli sayur untuk mak dan ayah. Semuga Allah limpahkan rezeki pada fairus

    BalasPadam
  3. Bagus betul Fairuz sediakan sahur. Dah penat, kita pulak ambil alih tugas dia. Hihi lain macam dia punya excited membeli sayur sayuran tu. Syukur rezeki dikongsi bersama jiran dan kawan. Sayur sayur ni beli banyak takut tak tahan lama. Takpelah, dapat Fairuz belajar sesuatu :)

    BalasPadam
  4. First gaji memang excited nak belikan something untuk mak dan ayah sebab nak tunjuk bukti penat lelah bekerja hehehe

    BalasPadam
  5. byk rejeki tu.. salam ramadhan kareem cikkak amie tuuh.. 😅

    BalasPadam
  6. Sayangnya kita tidak berjiran....hihihihi

    BalasPadam
  7. Kalau SA pun sama la kak amie..pantang nampak sayur...sedapnyaaa semua segar2 tu ha...

    BalasPadam
  8. macam2 bole masak dengan sayur banyak2 mcm tu...

    BalasPadam
  9. dpt belanja org guna duit sendiri rasa puas :)

    BalasPadam
  10. pertama kali membeli kan kak.. Perasaan terujanya lain macam.. Sha pernah begini..

    BalasPadam