Pages

Jumaat, 30 April 2021

Menu Berbuka Puasa Anak-Anak

Hari ini Firdaus patahkan sebelah gigi bahagian hadapannya. Dia beritahu Amie dengan menulis di atas kertas : Gigi Daus sudah patah. Alhamdulillah. Syukur, sedikit saja darah keluar. Gigi hadapannya mula goyang sejak hari pertama PKPD. Faham-faham sajalah, sudah terkurung di balik pagar kawat duri, nak ke mana pun susah sangat! 

Sebagai upah tanggal gigi, Firdaus minta chicken chop goreng dengan sos lada hitam. Layan sajalah selera anak. Apa agaknya cerita anak-anak di Seri Iskandar, Parit Raja dan Kota Kinabalu?

Chicken Chop & The Gang


Restoran Dulang, Tronoh.

Sesekali Abang Farid berbuka puasa di luar bersama kawan-kawan. Beberapa hari lepas katanya berbuka puasa di Restoran  Dulang di Tronoh.

Buka puasa dengan maggi dan roti.

Ada sekali katanya masak maggi dengan telur goreng saja sebab ayam dah habis. Abang Farid pergi TESCO tapi yang tinggal hanya ayam tua.  Kesian raja ayam habis bekalan ayam! Tak apalah. Yang penting ada makanan untuk alas perut.

Ikan sardin dan telur dadar.

Abang Farid belum cari ayam lagi. Berbuka puasa dengan sardin tin dan telur dadar. Abang Farid selalu kata masakan sardinnya tidak sedap. Cuti 6 bulan waktu PKP hari tu, sempat Abang Farid belajar masak di rumah.


Kawan Abang Farid datang ke rumahnya, mahu gunakan oven untuk bakar biskut. Abang Farid tolong adun dan timbang berat. Lebihan adunan diberikan kepada Abang Farid. Dalam gambar di atas, itulah hasil biskut yang Abang Farid bakar. Tak tahulah biskut apa...ahaks!



Abang Farid memang suka makan bahagian dada ayam. Tak jemukah makan dada ayam bang? 


Kelmarin berbuka puasa nasi putih dengan ayam masak kari. Dada ayam juga yang digunakan. Katanya sewaktu berbuka, kari ayam kurang rasa. Abang Farid tak dapat agak kuantiti garam sebab puasa katanya. Biarlah kurang rasa, daripada terlebih masin. Boleh tambah garam sikit lagi.

Hari ini Abang Farid buka puasa dengan nasi putih lauk ayam buttermilk.


Beberapa hari yang lalu, Fairuz  bersama abang-abang sepupu dan ibu saudaranya berbuka puasa di Magellan Sutera Harbour Hotel. Yang di hadapan sekali tu nampak macam peha itik panggang!



Kelmarin Fairuz berbuka puasa di Promenade Hotel. Ini merupakan kali ketiga mereka berbuka puasa di sini sejak ulang-alik uruskan ikan dari Semporna -Lahad Datu - Kota Kinabalu. Tahun lepas setiap petang Fairuz buat jus buah untuk berbuka puasa di rumah. Puasa kali ini Amie dan Encik Suami yang ambil alih.

Petang tadi Fairuz kata buka puasa di tepi jalan.  Mereka dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Amie sangka mereka berhenti tepi jalan, dan berbuka makanan bungkus. Rupanya berbuka di restoran yang letaknya di tepi jalan, Restoran Rosalinda di Telupid.

Bujang di Parit Raja kata bulan puasa ini nak makan ayam rebus saja sebab nak turunkan berat badan. Apabila ditanya buka puasa apa, katanya makan sosej! Petang tadi Amie tanya: Adik makan buntut ayam ke? Jawabnya : Mommy tau tau jak apa saya makan!

Hurrmmm... kurangan sikit makan buntut ayam tu dik. Memang sedap tapi banyak lemaknya. Cari makanan yang lebih menyihatkan. 

14 ulasan:

  1. Mesti makin comel Firdaus bila dah tinggal gigi depan tu, hihihi.

    Kita pun suka makan isi ayam, tapi buntut ayam tak suka, hiks

    BalasPadam
  2. saya dan abg farid boleh kwn, sama2 peminat ayam 😂
    btw, sedap2 menu berbuka

    BalasPadam
  3. Walaupun anak mommy lelaki tapi semuanya hebat di dapur & bijak- bijak pulak tu.Kalau pompuan cantik boleh kata beuty with brain.Ni lelaki macho nak kata apa ek..hihihi.Apapun selamat beraya tanpa gigi depan untuk Daus..Mesti comel

    BalasPadam
  4. hebatnya anak2 masuk dapur .... alaaa kenapa gigi patah?

    BalasPadam
  5. Bagus anak- anak akak pandai berdikari..Dania ni nanti tak tau la macam mana..susah betul nak bagi dia makan..masa kecik2 takde plak susah makan...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezki berbuka anak2 tiasa ada

    BalasPadam
  7. Baguss anak anak kak amie hidup berdikari walaupun jauh dari keluarga. Siap pandai masak lagi!
    Saya pun suka buntut ayam tapi tak boleh makan selalu, makan jarang jarang takpe hehehe.

    BalasPadam
  8. Daus patah gigi siap request chicken chop tu. Hehe..Rajin betul Abg Farid masak. memang raja ayam tak pernah jemu dengan ayam ye. ayam se ayam ayamnya haa..Fairuz pulak rezeki berbuka dengan family dan sepupu. Tengok camne Fuad turun berat badan ke tidak tu. Buntut ayam banyak lemak tu, acane..hihi

    BalasPadam
  9. wowww sedapnyaaaa chicken chop :)

    BalasPadam
  10. saya setiap hari menu berbuka beli kat bazar jer... berbuka pon sorang diri... hahaha

    BalasPadam
  11. Adoi.. berdikari sungguh ke semua anak bujang kak amie..

    BalasPadam
  12. alang-alang ada masa nak komen ni, aida nak throwback.
    puasa thn ni, tak berbuka luar pun kami.
    all in the house. aida jadik seram nak bwk anak3 keluar makan.
    just takeaway aje most of the time.

    BalasPadam