Pages

Sabtu, 17 April 2021

Kurma Medjool & Kurma Safia

Hari ini Amie banyak termenung. Membayangkan 18 orang rakan sekerja yang perlu menjalani swab test bersama murid setiap kelas yang mereka ajar. Besarnya dugaan  ini. Angka mangsa Covid-19 semakin mencanak naik. Encik Suami yang baru pulang dari sekolah-sekolah yang diselianya bawa berita katanya, memang ramai dalam kalangan murid-murid sekolah lain yang positif!

Nampak bayangan tempoh PKP Lahad Datu 11-24 April 2021 akan dilanjutkan.

Belum ada ura-ura ke dapur untuk menyiapkan hidangan berbuka petang ini. Rasanya cukuplah dengan adanya bekalan kurma, dan masak sedikit  juadah untuk Firdaus.

Kurma Medjool & Kurma Safia


Bekalan Kurma Medjool kami pula semakin susut. Sebelum bulan puasa, tak sempat mencari kurma kerana PKP sudah dilaksanakan. Nak keluar pun kena fikir 11 kali. Walaupun PKP tapi jalan tetap sesak dengan kenderaan.

Beberapa hari lepas, anak buah, Abang Aznan berikan kami sekotak Kurma Safia Yusuf Taiyoob. Alhamdulillah. Rezeki Allah di bulan nan mulia. Dapatlah menampung bekalan kurma kami sepanjang bulan puasa.

Sumber : Google




24 ulasan:

  1. Anak akak yg no 3 tak makan kurma..al kisahnya 3,4 th lps bln posa,dia buka kurma dulu sebelum makan..ada ulat 2,3 ekor tergedik2 dlm kurma haha..fobia smp skrg tak mon

    BalasPadam
  2. kita paling suka kurma madu hhee.. kurma basah2...
    kurma kering ni , kurang sket... hehe

    BalasPadam
  3. Risau covid sekarang ni, kes makin meningkat. Moga moga ada perubahan lah di bulan puasa ni.
    Nak keluar punn takut, terlampau ramai orang kann kak amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah bila akan berakhir. Doa sajalah semoga berakhir segera.

      Padam
  4. Semoga rakan- rakan & murid semua tu di mudahkan urusan & bebas dari covid serta kita semua juga dijauhkan dari wabak covid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin ya Allah. Sudah terlalu lama asyik mengurung diri.

      Padam
  5. Elok elok kes dah turun, sekarang dia naik balik ke 2k lebih. Kenderaan masih ramai dijalanan. Tak tahulah bila nak susut kes baru tu. Alhamdulillah dalam dugaan, ada yang berkongsi rezeki berikan kurma :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... tak dapat dijangkakan. Tiba-tiba mencanak naik. Allahu Akbar.

      Padam
  6. semoga akak dan keluarga dilindungi dari wabak ni, InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah. Begitulah dengan dirimu dik.

      Padam
  7. Banyak kluster di sekolah kan sekarang ni. Walau tak ada anak, saya pun menung juga tengok kes tak sudah-sudah. Jemu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekolah pun dah tak selamat walau amalkan SOP ketat.

      Padam
  8. bahaya klu beli kurma sbb boleh habis in one sitting

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagilah kalau kurma yang menepati selera ye Atie.

      Padam
  9. Risau juga tenguk angka mencanak-canak naik. Gerenti lah tahun ni raya tak dapat berkumpul beramai lagi. huhuhu sedih tapi untuk kebaikan semua keluarga kenalah redho. Geram je tenguk orang engkar SOP dan tiada penjarakan sosial.

    BalasPadam
  10. Teringat masa kat MAdinah pelbagai jenis kurma terjual. Seronoknya merasa semua kurma yang ada. Tapi Kurma Ruthob sedap. Kurma Ajwa memang tiada tandingan

    BalasPadam
  11. Suka juga kurma Safia Yusoof Taiyob tu cuma tahun ini saja mencuba jenama lain..

    BalasPadam
  12. kurma medjool tu dana suka sebab saiznya yang besar makan 1 dh kenyang... safia pun antara yang biasa beli untuk bekalasn dibulan puasa...

    BalasPadam
  13. kurma medjool ni mcm kurma safawi... both sedap n sy suka ;-)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah, dapat kurma.
    Semoga kes covid semakin berkurang di sana.

    BalasPadam
  15. Kurma wajib ado waktu Ramadhan 👍👍

    BalasPadam
  16. SA suka kurma Medjool sebab lembut dan besar2..ada rasa creamy and melting in your mouth gitu...

    BalasPadam