Hari pertama berpuasa, macam-macamlah makanan permintaan Firdaus untuk berbuka. Akhirnya Amie hidangkan menu Chicken Chop & The Gang untuk kami berempat. Encik Suami dan Fairuz pun tak banyak songel. Apa yang dihidang itulah yang dimakan. Untuk seimbangkan hidangan, Amie gandingkan chicken chop panggang dengan kentang goreng dan salad.
Chicken Chop & The Gang |
Amie gaul kurma ini dalam hidangan salad. Buang bijinya, dan hiris tipis.
Kentang goreng. |
Chicken Chop Panggang |
Amie gunakan 4 kepingan ayam bahagian peha. buangkan tulangnya, dan perap selama 1 jam atau lebih. Kemudian Amie panggang gunakan kuali ajaib.
Bahan-bahan;
- 4 kepingan ayam bahagian peha - keluarkan tulang - cucuk-cucuk sedikit dengan garpu
- 1 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil stok ayam pekat
- 1 sudu kecil bawang putih tumbuk
- 1 sudu kecil halia tumbuk
- 1 sudu besar minyak zaitun
Cara memasak:
- Perap ayam dengan kesemua bahan di atas selama 1 jam. Lebih lama masa memerap lebih baik sebab bahan pemerap akan mesra.
- Bakar di dalam kuali ajaib hingga masak kedua-dua belah bahagian ayam.
- Hidangkan bersama sos lada hitam, kentang goreng dan salad.
Sos lada hitam. |
Pelengkap chicken chp panggang sudah tentulah sos lada hitam yang sedap. Kami sekeluarga sukakan sos lada hitam yang pekat. Dahulu, Fuadlah tukang sediakan sos lada hitam. memang pakar betul bujang satu itu dalam bab ini terutamanya rasa sos lada hitam itu. Di sini Amie kongsikan resipi sos lada hitam kegemaran kami sekeluarga. Jika tidak ada susu segar, boleh gantikan dengan susu cair sahaja. Aduhai! Sedapnya sos lada hitam!
Kalau tidak mahu sos lada hitam nampak ada ketulan bawang besar cincang, setelah sos lada hitam mendididh, bolehlah kisar sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
1 sudu kecil kicap pekat
1 cawan susu segar
1 sudu kecil stok ayam pekat
Cara:
1. Cairkan mentega.
2. Goreng bawang besar hingga kekuningan.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
4. Tambahkan lada hitam tumbuk dan sos lada hitam, kicap pekat serta stok ayam pekat.
5. Akhir sekali masukkan susu segar.
6. Gaul rata dan padamkan api dapur apabila sos lada hitam mula mendidih.
wow perghhh dasat menu berbuka dia ni hahaha :D
BalasPadamDh ala2 hotel dh tu Amie...
BalasPadamwaah,,best jugak berbuka makan western .
BalasPadamWahhhh menu berbuka kak amie mengancam sungguh hahaha :D
BalasPadamAlhamdulillah menyelerakan betul. Untung sangat bila suami dan fairuz tak cerewet bab makan. Senang kerja masak. Biasa masak ni kita selalu fikirkan selera orang dulu. Sedap chicken chop ayam dipanggang 😋
BalasPadamIdea yang bagus tu kurma masukkan dalam salad...Macam nak try jugak la
BalasPadamWah .dh tau dh macam mana nak buat chicken chop..dania pasti suka...nanti nak cuba jugak..terima kasih kak amie share menu
BalasPadamsedap nampaknye tu. thank for the resepi, bole try nanti
BalasPadamwaaduhhhh ! ini kalau menu berbukak, tatau nak makan mana dulu
BalasPadamJadikan menu berbuka pun menarik ini.. Salad campur kurma ye kak.. menarik juga..
BalasPadam