Pages

Rabu, 21 April 2021

Bubur Lambuk Ayam

Diam tak diam, hari ini sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Petang tadi Amie masak Bubur Lambuk Ayam.  Oleh kerana ada macam-macam versi bubur lambuk, jadi Amie namakan hasil air tangan Amie ini Bubur Lambuk Ayam sebab hanya gunakan ayam sahaja. Biasanya Amie suka buat bubur lambuk ayam dengan daging lembu, atau bubur lambuk rusa.  Daging lembu tidak ada dalam simpanan, daging rusa pun memang sudah lama tak jumpa! Kebetulan Encik Suami pulang dari kerja bawa beberapa keping ayam segar bahagian peha. Memang sedaplah bubur lambuk ayam segar!

Bubur Lambuk Ayam


Kak sulung Amie suka masak bubur lambuk gunakan minyak sapi. Apabila minyak sapi bercampur bawang dan rempah, ditambah dengan simpulan daun pandan, aromanya semerbak sampai entah ke mana....ahaks! Amie gunakan minyak masak biasa sahaja, tidak ada minyak sapi.

Encik Suami pun pesan, masak sedikit saja sebab Fairuz belum sampai LD, dan berbuka dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke lahad Datu. Walaupun masak sedikit, hasilnya tetap seperiuk juga!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras - bilas dan toskan
  • 500 gram peha ayam - cincang ikut saiz yang digemari
  • 200 ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan - disiat dan simpul
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1.5 liter air
  • garam / perasa pilihan 
Bahan kisar:

  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Bahan penumis:

  • 1 labu bawang besar mayang kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan rempah:

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/ 2 sudu kecil  serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu  kecil lada putih - tumbuk
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
Boleh gantikan bahan rempah dengan serbuk sup. Tambahkan lada putih /hitam tumbuk

Bubur Lambuk Ayam

Cara:
  1. Panaskan  minyak masak.
  2. Tumis bahan penumis hingga wangi, dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan bahan rempah serta daun pandan dan seterusnya masukkan ayam cincang.
  4. Masukkan beras dan gaul. 
  5. Tuangkan 1.5 liter air.  Masak sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api. Biarkan beras masak hancur dan ayam lembut.
  6. Akhir sekali tuangkan santan pekat, garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Apabila bubur mula mendidih sekali lagi, padamkan api dapur.
  8. Bubur Lambuk Ayam sedia untuk dihidang panas dengan taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

18 ulasan:

  1. Waduh,macam terbau- bau pula bubur lambuk tu sampai ke sini.Kalau kat kampung saya beberapa tempat di utara bubur lambuk tu dipanggil "kanji'..Bukan kanji yang sapa kat kemeja dulu- dulu tu...hihihihi

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaa.
    Dah masuk hari ke 9.. masih belum merasa bubur lambuk lagi. Esok nak buat lah.. tapi versi "M" punya.

    BalasPadam
  3. Awal bulan 4 harituuu buat bubur lambuk sempena ramadhan hehehe.
    Sekarang ni terbau bau dahhh bubur lambuk kak amie ni.

    BalasPadam
  4. Kita kurang gemar bubur lambuk ni sebab byk sgt bau n rasa rempah..😂

    BalasPadam
  5. bubur lambuk style amie sedap tu

    BalasPadam
  6. Bubur memang begitu kan, paling sikit sukatannya satu cawan, dapatnya seperiuk. Kalau masak setengah cawan melekat keliling periuk saja nanti.

    Hari tu kita dah dapat makan bubur lambuk ayam, tapi nampak bubur lambuk Amie lebih menyelerakan

    BalasPadam
  7. tahun ini belum jumpa lagi bubur lambuk kak, kadang kalau dana teringin baru suruh Edy beli di bazar... sebab selalunya dana yang teringin Edy tak berapa gemar, dia kalau bubur lambuk terengganu laju lah dia makan... dana nak masak belum sampai seru lagi heheheh

    BalasPadam
  8. Baru semalam makan bubur lambuk member jual. Tapi tenguk bubur lambuk amie emmm nampak sedap je.

    BalasPadam
  9. Beza ke bubur lambuk dengan bubur asyyura? BUbur lambuk ada versi ikut negeri ke?

    BalasPadam
  10. Belum merasa lagi bubur lambuk Ramadhan kali ni. Yaya tunggu mak buat je..haha, bubur lambuk Terengganu lain sikit rasa dia, pedas dan penuh dengan pucuk paku.

    BalasPadam
  11. semalam ada org sedekah bubur lambuk di pejabat saya. dapat lah buat bersahur pagi td

    BalasPadam
  12. Bubur lambuk makan dgn asam pedas sedappp

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum kak amie.. adoiiii adoiii adooiiii.. Cobaaaaannnnn.... bubur lambuk ni salah satu favourite saya, kak. mai terjah blog kak amie, uiiisssshhh menggoda betul bubur lambuk air tanngan kak amie ni... tapi saya tak pernah try masak sendiri lagi. bila baca ni, mcm senang je... tq kak amie, share resepi.

    BalasPadam
  14. Sedapnya, Amie... bubur lambuk ayam, terbuka selera saya.
    Taman Amie kena PKPD ke? Saya harap semuanya selamat bagi Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  15. Sedapnya bubur lambuk. Ye, betul tu kak amie. Bubur ada bermacam versi. Mujurlah saya sempat makan masa balik kampung haritu. Kalau tidak, kempunan nak makan bubur lambuk sedap.

    BalasPadam
  16. Nampaksedap bubur lambuk tu Kak Amie..tapi SAa sendiri bukan penggemar bubur lambuk

    BalasPadam
  17. Yeh. Dah ada resepi. Nak try la nty 😁

    BalasPadam
  18. sedapnya bubur lambuk.... kalu letak minyak sapi mmg ummmphhh...
    puasa thn lps opah sy ada ddk KL. so sy buatkan dia bubur lambuk. laju dia dia mkn wpn sy buat cair sikit. thn ni dia raya kampung so x dpt laa nk buatkan utk dia lg...

    BalasPadam