Zaman dulu sedap betul kalau dapat makan biskut ada lekat gula di atasnya. Biasanya hanya dapat makan biskut tawar sahaja. Bila dicelup dalam air kopi berganda rasa enaknya! Sekarang apabila sesekali menikmatinya pasti terkenang keenakannya sama seperti zaman yang ditinggalkan dulu.
Bezanya dahulu hanya ada serbuk kopi hitam dan serbuk teh sahaja. Sesekali dapat minum MILO, dah rasa macam duduk dalam syurga. Sedap betul rasa MILO, dengan lemak manis dan aromanya yang sungguh semerbak! Kalau ada MILO, Ayahanda suka celupkan roti Benggali atau roti bantal.
Petang tadi terdengar alunan lagu yang mendayu-dayu dari corong radio yang terletak di sudut dapur. Bila diamat-amati, rupanya lagu nyanyian D'llyod. Rasa macam sedang kembali ke zaman purba kala, di kala petang ketika duduk di kampung. Ketika itu musim daun getah berguguran ke bumi, dan seolah-olah terpandang diri sendiri dengan rambut tocang dua, sedang menyapu daun-daun getah yang berserakan di halaman rumah!
Jom nyanyi lagu D'llyod sikit:
Tiba pula ternyanyi..hihihi
BalasPadamSuka lagu duku-dulu sebab merwsap ke qolbu..Tapi dah tua-tua ni nyanyi dalam hati jer la..hihihi
lamanya tak ngadap biskur krekar bergula tu.
BalasPadamTeringat jaman dulu2.
Biskut bergula cicah kopi O sedap betul. hidangan ringkas minum petang :)
BalasPadamkalau minum time hujan fuhhhh nikmatttt
BalasPadamkraker gula celup air teh sedapnya
BalasPadamsuka celup biskut dengan teh o..minum kat beranda kg..syok nya...
BalasPadamLagu dolu-dolu sesekali layan memang syiok le. Tang sapu daun getah tu emmm memang epik sungguh eh
BalasPadamsedap biskut ni kak, mkn begitu saja pun layan ... minum air berhalia compom kalau dana buang angin je kak hehehe
BalasPadamdah lama tak makan biskut ni tapi bila cicah dengan kopi o masa sejuk2 hujan fuhh mengancammm!
BalasPadamWah... Kalau dengar lagu tu sambil minum kopi petang2,rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak
BalasPadamAduh lagu D'Llyod mendayu-dayu. Rasa melankolik kalau dengar lagu dengan arwah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamRelax..dengan lagu2 tu confirm tenang kan Kak Amie
BalasPadambiskut ni makan saja pun sedappp
BalasPadamAlamak, syahdu pulak lagu d'lloyd. Sedap, pekena biskut gula dengan teh ke, kopi ke, milo ke. Nikmat terasa. :)
BalasPadam