Pages

Jumaat, 5 Mac 2021

Nasi Goreng & Udang Tempura

Hari ini sempat siapkan bekal Firdaus. Menu pilihannya, nasi goreng dengan udang tempura. Sambil BDR, sambil siapkan bekalan  anak. 

Nasi Goreng & Udang Tempura.

Udang dan daun salad goreng tempura.


Udang Goreng Tempura itu main celup tepung saja.  Kerja paling mudah, tapi dijamin rasanya sangat sedap.  Nasi Goreng itu pula Amie bubuhlah aksesori nak bagi warna-warni.  Tak banyak gunakan nasi, cuma 2 cawan saja. Amie masak nasi baru, bukan gunakan nasi lebihan semalam. Selebihnya itu yang menjadikan nasi goreng ini nampak banyak sebab bubuh lobak merah, isi jagung dan kacang edamame. serta telur. Suka sangatlah Firdaus nampak bekalannya. 
Amie kongsikan resipi  yang simple dimple Nasi Goreng di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi putih
  • 1/2 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan kacang edamame
  • 1/2 cawan lobak merah potong dadu
  • 1 biji telur - pukul ringan
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 biji bawang merah - cincang
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga terbit aroma.
  2. Masukkan lobak merah, kacang edamame dan isi jagung. Gaul sebati. Ketepikan bahan tumisan ke tepi kuali.
  3.  Tuangkan telur dan biarkan seketika. Kemudian kacau bersama bahan lain.
  4. Seterusnya masukkan nasi dan gaul.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan. Gaul lagi beberapa kali.
  6. Akhir sekali renjiskan minyak bijan. Gaul sekali dua, dan padamkan api dapur.

11 ulasan:

  1. Mesti harum nasi goreng tu, dengan ada minyak bijan. Sedapnya udang goreng tempura. :)

    BalasPadam
  2. terliurnya tgk udang tempura..nasi goreng pun nmpk menarik..

    BalasPadam
  3. ngok udang tempura tuuu nampak mengiurkn tuu.hehe

    BalasPadam
  4. uiiii memggugat selera ni👍👍👍

    BalasPadam
  5. sukanyaa nasi goreng mcm ni, mcm nasi goreng cina

    BalasPadam
  6. Sedapnya bekalan Firdaus. Berselera Firdaus makan ni mommy. Alhamdulillah :)

    BalasPadam
  7. Sedap la bekalan nasi goreng firdaus...aunty SA nak buat la macam tu isnin nanti..harap- harap sempat la.. pun masak malam...simpan dalam fridge..sampai office panaskan aje..kan?

    BalasPadam