Pages

Isnin, 22 Februari 2021

Kiriman 2 In 1 : Daripada Blogger Sal & Blogger Anies

Jumpa lagi di petang hari yang redup dan nyaman. Alhamdulillah. Rezeki berkunjung datang dikala sedang merehatkan diri dan hampir terlelap. Kedatangan sebuah bungkusan disambut dengan penuh teruja! Mata yang separuh  layu kembali segar! Apa tidaknya! Kiriman hadiah daripada rakan maya yang manis-manis membuatkan hati gembira  tidak terkira. Dalam satu bungkusan, ada dua pengirim: BLOGGER SAL & BLOGGER ANIES

Blogger  Sal telah menganjurkan 'My First Giveaway by Blog Sal' dan berakhir pada 8 Februari 2021. Amie turut serta untuk memeriahkannya dan tak sangka pula terpilih sebagai salah seorang di antara 15 pemenang yang dipilih menggunakan random number generator.  Hari ini Amie terima hadiah yang diterbangkan melintasi Laut China Selatan. Comel-comel hadiah yang dikirim:
  • mouse pad
  • zip wallet
  • fridge magnet (Australia)
  • fridge mgnet (Korea)
  • key chain (Indonesia)
  • ke chain - ketip kuku (Korea)

Mouse pad.

Zip wallet.

Fridge magnet - Australia.

Key chain - Indonesia.

Key chain - ketip kuku - Korea.


Fridge magnet - Korea.



Terima kasih daun keladi,
Sangat terharu atas baik budi, 
Kiriman diterima dengan senang hati, 
Moga persahabatan kekal abadi.

Fridge magnet sudah lekat di peti sejuk ye Sal. Hari-hari masuk dapur, hari-hari masak. Hari-hari akan terpandang fridge magnet ikiriman Sal tu.


Aroma harum lembut menerpa ke hidung! Tak sabar nak tahu apakah isinya? Ini ialah hadiah kiriman Blogger Anies pula. Rupanya Blogger Anies kirimkan barangan penjagaan rambut Yves Rocher. Amie belum pernah gunakan produk Yves Rocher. Alhamdulillah! Rezeki Amie untuk cuba produk yang berjenama ini. Belum dibuka tetapi bau wangi yang semerbak dapat dihidu! Ooo lalalalaaa......  tambah nyaman rasanya petang ini!

Cuir Chevellu Scalp.
Jom belajar bahasa Perancis.
Yang Amie faham scalp saja...  kulit kepala!

Yang ini ada perkataan dull hair... rambut kusam.
Cheveux ternes : Dull hair.

Ini pula, Reparation Cheveux Secs Ou Abimes : Repair Dry 0r Damage Hair.

Barangan Yves Rocher harum mewangi,
Penjagaan diri khas untuk rambut,
Hadiah disambut seikhlas hati,
Moga ukhuwah semakin bertaut.

Buat Sal dan Anies, Kak Amie rasa sangat terharu dan bertuah dapat mengenali adinda berdua yang manis. Terima kasih sekali lagi atas kiriman kalian yang sangat bererti ini. moga persahabatan kita kekal berpanjangan walaupun hanya bersua di alam maya.

Marilah saling kunjung - mengunjung ke rumah Sal dan Anies. Kedua-duanya memang ramah tamah melayan tetamu. Sal dengan hemah tingginya ketika menulis dan memberi komen, Anies pula sering mencuit hati dengan hasil tulisannya. Yang sedih pun jadi tertawa membaca coretannya yang sentiasa diselang-seli dengan gurau senda.

Semoga kalian berdua sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sehari-hari.

36 ulasan:

  1. Tahniah Amie,rezeki rajin drop komen..cute2 hadiahnya

    BalasPadam
  2. Oh dapat tengok barang Sal bagi. Banyak barang daripada hasil melancong. Hehe tahniah.
    Wah barang penjagaan rambut Anies bagi dari Perancis. Selamat gunakan.

    BalasPadam
  3. Ohh dua blogger bergabung hantar hadiah untuk kak Amie. Alhamdulillah. kiriman hadiah yang menggembirakan. Banyak betul hadiah tu. Mostly hadiah comel comel dari oversea. Tahniah kak Amie :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah sampai. Kak amie, zip wallet tu dari Anies jugak. Tapi takpe, kitorang ok je. Janji hadiah dah sampai. Maafla macam kedekut plak sharing macam ni. Hehe

    BalasPadam
  5. wahh..cantik2 hadiahnya..Alhamdulillah..

    BalasPadam
  6. Wowww!. Tahniah.
    Ketip kuku Korea tu sama dgn ai punya.. ole2 anak sedara.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..congrats! meriah hadiah..mcm2 ada.

    BalasPadam
  8. ketip kuku korea tu kan , atie ada juga, dah dekat 6 tahun, still tajam lagi, sngt berkualiti.. tahniah kak amie dpt hadiah :)

    BalasPadam
  9. Tahniah Kak Amie...seronok bila dapat hadiah macam ni...

    BalasPadam
  10. tahniahhh kak amie.. comeel sangat hadiahnya semua tau :)

    BalasPadam
  11. alhamdulillah smpi jua... pd mulanya sy nk hntr sendiri. tp bla nmpk nama akk dlm senarai pemenang GA sal, so sy decide pos sama2 lah... kira kongsi ;-)

    BalasPadam
  12. @Kamsiah yusoff Taerima kasih. Alhamdulillah. Orang memberi, kita terima.

    BalasPadam
  13. @NA ya, rajin Sal beli oleh-oleh. Yves Rocher tu harum!

    BalasPadam
  14. @Azhafizah MN Mesti rasa gembira kalau dapat hadiah kan Fiza. Seronok sangat.

    BalasPadam
  15. @SalbiahM Alhamdulillah Sal. Kiriman sampai dengan selamatnya. Jutaan terima kasih! Moga bertambah rezeki Sal & Anies.

    BalasPadam
  16. @AzianKhalil Orang berbudi kita berbahasa, orang kirim kita terima...hehehee!

    BalasPadam
  17. @nohas Alhamdulillah. Cantik dan harum!

    BalasPadam
  18. @Miss Mirror a.k.a Sam ooo sama ye... so...time ketip kuku, kenang daku bersama hahahahaa!

    BalasPadam
  19. @paridah Ya, sama-sama memeriahkan blog sesama blogger.

    BalasPadam
  20. @mummy_ayu Alhamdulillah. Terima kasih. Semuanya akan dijadikan kenangan.

    BalasPadam
  21. @Atie Zieya Terima kasih Atie. Ya, memang berkualiti.

    BalasPadam
  22. @Diyanieee Terima kasih dik! Memang comel semuanya!

    BalasPadam
  23. @dear anies Alhamdulillah. Selamat sampai dalam keadaan sempurna. Terima kasih banyak-banyak atas kiriman adik manis berdua, Sal & Anies.

    BalasPadam
  24. semoga murah rezeki kembar berdua tu.. hadiah menarik

    BalasPadam