Malam Ahad, dapat arahan supaya pada hari Isnin berBDR sahaja dari rumah. Sekarang ini, arahan sampai pada bila-bila masa, tak kira siang atau malam, pagi atau petang, hari berkerja atau hari cuti. SYMA. Sedang sibuk berBDR, tiba-tiba datang arahan lagi meminta data 2018. Aduhai! 'Tapak' data itu ada dalam komputer di tempat kerja! Kelam kabutlah PM anak-anak buah untuk korek data masing-masing untuk dikumpul menjadi satu rumusan. Alhamdulillah, dalam kelam-kabut itu selesai juga masalah! Tapi merungut juga dalam hati: Sepatutya data-data itu perlu disimpan dalam 'fail induk', jadi bila-bila masa diperlukan boleh terus ambil dari situ.
Ketika itulah juga Firdaus datang mendekat. Katanya lapar. Amie suruh ambil sarapan di dapur. Pagi tadi Encik Suami belikan buras. Firdaus tak mahu makan buras. Amie minta tolong Abang Farid belikan sarapan untuk Firdaus.
Tidak lama kemudian, sampailah abang angkatnya, Abang Rider @ Foodpanda menghantar makanan. Pada mulanya Amie tidak ambil peduli KFC yang dibawa masuk ke dapur walaupun Abang Farid ajak makan. Bukan apa. Abang Farid suka order dada ayam! Tu yang malas sikit nak makan. Amie ikut ke dapur sebab nak minum sahaja. Tetapi aroma KFC kali ini sangat mengganggu konsentrasi kerja, sampai menusuk ke hidung. Baunya sangat sedap!
Kata Abang Farid, sempena Tahun Baru Cina, KFC memperkenalkan menu baharu iaitu KFC Golden Butter Cereal. Amie pun cubit sedikit bahagian dada ayam goreng tersebut. Memang sedap! Berbeza dengan pelbagai rasa KFC yang pernah kami makan sebelum ini! Amie makan lagi, dan terlupa sedang makan dada ayam!
KFC Golden Butter Cereal |
Sekarang Amie ada masa untuk menulis entri tentang KFC Golden Butter Cereal ini. Amie inginkan kepastian daripada Pak Google, apakah bahan-bahan istimewa yang digunakan untuk resipi KFC Golden Butter Cereal ini. Menurut Pak Googe, KFC Golden Butter Cereal merupakan hidangan mewah, ayam Hot & Spicy disalut berganda! Salutan pertama dengan pelbagai rempah ratus dan perasa termasuk mentega berkrim, malt bijirin, daun parsley dan daun kari goreng. Seterusnya, disalut penuh dengan bijiran Nestum manis bermentega yang telah digoreng bersama serpihan daun kari dan cili.
Wah! Kalau sudah begitu kisah ramuannya, memanglah sedapnya pun berganda!
KFC Golden Butter Cereal boleh didapati dalam bentuk combo 2 ketul atau 3 ketul. Kalau pilih Box Meal, dapat seketul ayam bersama Zinger Burger, Crispier Fries dan coleslow. Abang Farid beli combo 3 ketul, semuanya bahagian dada.
Ada sebekas kecil serdak disertakan sekali. Semuanya dihabiskan Firdaus! Amie dapat rasa seciput. Sedap sangat!
Serdak KFC Golden Butter Cereal |
Set Combo 3 ketul KFC Golden Butter Cereal |
Union rings. |
dah rasa juga
BalasPadamOkaylah
Belum rasa lagi.. dah habis agaknya menu KFC nie Amie..
BalasPadamdah lama tak makan kfc.. tatau pun ada menu baru
BalasPadamwah macam berganda sedapnya. Emm tak leh tahan ni zam zam ala kazam zoom pi kfc
BalasPadamWah, sedap ye. Apa lagi, Amie. Lepas ni, kita goreng ayam celup nestum pulak. Hari tu, dah letak bijan. ^_^
BalasPadamSaya suka kalau ayam goreng salut nestum ni. Nanti nak try lah
BalasPadamOh ada menu baru rupanya! Boleh rasa nanti!
BalasPadambelum rasa lagi KFC yang baru ni..hari tu masa lalu drive thru tak teringin pula..ni amie dah share rasa macam nak cuba pulak!
BalasPadamHihi..abang angkat dah kembali. Cambest je tu menu baru KFC. kena cepat cepat membeli sebelum habis promo CNY. Siap ada Serdak lagi tu.
BalasPadam