Pages

Ahad, 31 Januari 2021

Senja Nan Kelabu di Tanjung Aru : Makan Nasi Goreng Ikan Masin Liking

Bumi basah di sana sini. Kota Kinabalu tidak terkecuali. Begitu juga dengan pantai Tanjung Aru. Angin laut yang bertiup menambah kedinginan para pengunjung. Ada yang memanaskan badan dengan menikmati secawan minuman panas di gerai tepi pantai. 

Encik Suami kata, kita cari makan di sini sajalah. Malam nanti tak payah keluar. Nak berehat katanya. Nampak mata Firdaus pun dah layu!

Wokey. Tak ada masalah kalau makan di sini. Kami duduk di bangku, jarak-jarak 1 meter di antara satu sama lain. Seperti biasa, kalau ada benda panggang-panggang, Fairuz memang tak lepaskan peluang minta sayap ayam dan tongkengnya sekali. Sate pun kami order juga.

Sate ayam & nasi himpit.

Sayap & tongkeng ayam panggang.

Sejuk-sejuk begini, memang tepatlah pilihan makanan Fairuz. Dimintanya sup ayam. Kenyang ke dik? Da angguk-angguk. Oh... ada sate, tongkeng dan sayap ayam juga. Tapi, malam itu bujang bongsu yang tak jadi bongsu sebab dapat adik Firdaus ini merengek nak makan McD. Malam-malam buta datanglah abang Foodpandanya hantar makanan!

Bakso, Encik Suami punya.

Nasi goreng Pattaya, Firdaus punya.

Comotnya pipi Firdaus tercalit sos cili nasi gorengnya!

Nasi Goreng Ikan Masin Liking.

Amie makan Nasi Goreng Ikan Masin Liking. Sebenarnya perancang bermalam di Kota Belud, kononnya hendak mencari ikan masin liking yang terkenal di sana. Tapi tak ada rezeki pula. Akhirnya merasa juga ikan masin liking di Tanjung Aru.

Walaupun hujan, para peniaga makanan tetap gigih meneruskan usaha mencari sumber pendapatan.


Firdaus sibuk nak beli gula-gula kapas!


Kami beli jagung kukus dan kacang tanah.





Tak nampak lembayung petang yang cantik ketika matahari akan menutup tirai peraduannya. Awan kelabu di sana sini. Nampak suram saja suasananya.

Hujan gerimis turun lagi. Dalam renyai-renyai hujan kami melangkah pergi meninggalkan pantai.

Ternampak apam balik crispy. Lamanya tak makan! Singgah beli  untuk dibawa pulang ke hotel. Dalam kereta, sempat ngap sekeping! 

Di Sabah, orang panggil apam balik ini kuih terang bulan.
Bukan bulan terang ye. 

Buka pintu bilik, rasanya nak terus rebahkan badan di mana-mana saja katil!

6 ulasan:

  1. Banyaknya makanan sedap-sedap. Saya suka apam balik. Bilik hotel pun nampak selesa. Saya dah lama sangat tak pergi pasar malam.

    BalasPadam
  2. Hari tu kami ke sini sebelum nk ke airport... tengah hari terik lagi tu yg lelaki solat jumaat... minum air kelapa je lah x byk lg kedai yg buka tgh hari

    BalasPadam
  3. Tengok air balang banyak2 teringat suasana kenduri kahwin kat Kedah sebwlum Covid dulu. Gitulah meriahnya macam pasar malam. Sekarang hanya kenangan untuk dikenang.Rindu suasana tu

    BalasPadam
  4. sedapnya sate dan ayam tu. Rare cara hidangan tu alas dengan plastik. macam tapau pulak kaedahnya. Meriah juga kat sini banyak gerai. Rindu pulak pasar malam.

    BalasPadam
  5. nasib baik atie dah makan apom balik tadi, kalau tak surely craving tgk gambar dlm post ni huhuhu

    BalasPadam
  6. Bakso tu benar2 membuka selera akak amie

    BalasPadam