Pages

Isnin, 18 Januari 2021

Sedapnya Ikan Masin Goreng Bawang Cili!

Jumpa lagi. Masih lagi berkesempatan menyiapkan hidangan keluarga. Hari ini dapat memenuhi selera sendiri dengan masakan Ikan Kering Goreng Bawang Cili. Abang Farid sudah kekenyangan, sarapan pagi mee goreng dengan ayam goreng, kemudian tengaharinya pula Encik Suami  membawa pulang roti kegemarannya. Selepas makan roti, Abang Farid makan french fries pula. Jadi, Amie tak perlu fikirkan selera raja ayam itu lagi. Hari ini, tak ada ayam dari dapur. Lauk yang Amie masak selain ikan masin ialah panggang dalam kuali ajaib ikan cencaru sumbat sambal belacan, sayur bening sayur kobis Cina campur baby kailan, telur dadar dan kacang bendi celur. Lebihan sambal belacan untuk ikan cencaru sumbat Amie gandingkan dengan kacang bendi celur. 

Ikan Masin Goreng Bawang Cili

Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Belacan

Telur Dadar Lobak Merah & Leek

Sayur Bening Kobis Cina & Baby Kailan


Sayur bening kobis Cina dengan baby kailan ini Amie oleh ikut kegemaran Encik Suami. Amie tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada putih serta ikan bilis sebagai perencah. Bayangkan apabila makan ikan panggang cencaru sumbat sambal belacan, kemudian hirup kuah sayur bening yang ditambah dengan lada putih! Berpeluh-peluh jadinya walaupun di luar hujan tak berhenti turun .... ahaks! 

Hirisan limau sunkist dan limau manis dari Kundasang.

Hidangan bebas ayam...hiks!


Amie, cukuplah makan nasi dengan Ikan Masin Goreng Bawang Cili dan kacang bendi celur cecah sambal belacan saja. Sesekali hirup kuah sayur bening lada putih tu. Jom kita lihat resepinya di bawah ini. Boleh gunakan apa sahaja ikan masin. Amie gunakan ikan batu saiz kecil, sebesar tapak tangan setiap seekor.

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan masin batu - bersihkan - potong ikut saiz yang disukai - goreng hingga masak - angkat 
  • 20 biji cili padi putih - 10 biji biarkan bertangkai - 10 biji belah 2
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 biji bawang merah - hiris
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 3 cm halia muda - hiris halus
  • beberapa biji tomato ceri merah dan kuning - belah 2
  • minyak 
  • 1 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi
Cara memsak:
  1. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan masin di dalam kuali.
  2. Gorengkan hirisan halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar dan cili hingga layu.
  3. Kemudian masukkan tomato ceri merah dan kuning.
  4. Taburkan serbuk cukup rasa Maggi. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan ikan masin batu goreng. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

12 ulasan:

  1. Alahai kak ammi....sedapnyaa la..tergoda dengan lauk ikan masin tu...

    BalasPadam
  2. Sedap2 semuanya
    Selamat menjamu selera.

    BalasPadam
  3. Sedapnya ikan masing goreng bawang cili tu. setuju kak amie, ada lauk tu dah cukup dah. Ada bendi rebus cicah sambal belacan, sayur bening, ikan panggang..lagi bertambah selera macam ni.

    BalasPadam
  4. Jangan bening waduh enaknya. Bendi rebus cecah sambal belacan lagi enak lorrrr

    BalasPadam
  5. dap tu..menu simple ni yg buat tambah nasi ni.. yum yum.
    nice pic capture.... :-)

    BalasPadam
  6. Aduhai la ikan masin... 1 lauk ini sahaja sudah cukup menambah kilo..

    BalasPadam
  7. sedap tu..suka ltk extra bawang yummyyy

    BalasPadam
  8. Ni menu kegemaran mak saya. Sayur bening tu tambah lada putih ye. Ni tak pernah cuba

    BalasPadam
  9. Gandingan menu yg cukup menyelerakan..ikan masin tu sedapppp

    BalasPadam
  10. Sedapnya ikan masin goreng tu. Menyelerakan! Untuk sesiapa yang berminat dalam industri kecantikan, saya syorkan untuk melihat skincare oem yang boleh membantu dalam pengeluaran produk skincare berkualiti.

    BalasPadam