Selamat berhujung minggu. Sudah sarapan ke belum? Kena alas perut dahulu ya sebelum memulakan aktiviti pada hari ini. Banyak kerja sedang menunggu di rumah kita!
Awal pagi lagi sekitar pukul 6, Encik Suami sudah ajak keluar jalan-jalan cari sarapan. Akibatnya banyaklah warung yang dituju baru dibuka. Ada yang hanya ada dua tiga jenis kuih, dan belum bersedia sepenuhnya untuk berurusan jual beli dengan pelanggan. Kami menuju ke restoran makan India Muslim. Di situ pun pekerjanya sedang sibuk menyusun makanan. Dalam tempoh PKP 2.0 ini, baik warung atau pun restoran hanya menjual makanan untuk dibawa pulang sahaja. Nampak semuanya masih panas-panas berasap tapi tak berkenan pula hati sebab dah setiap hari sarapan benda yang sama juga.
Bincang dengan Encik Suami, baik kita beli tosei, idli dan medu vada. Sayangnya hanya idli saja yang ada. Jadi kami beli idli sahaja. Kemudian jalan-jalan lagi ke pasar sehinggalah ke Kampung Sapagaya. Di sepanjang bahu jalan penuh bersusun kereta. Rupanya hujan dari kelmarin menyebabkan Kampung Sapagaya banjir lagi. Di sinilah kadang-kadang naik Sang Bedal dari sungai!
Kami singgah di warung orang kampung berhampiran dengan kawasan PGA. Seronok juga melihat para peniaga makanan mula menyediakan hasil jualan masing-masing di atas meja. Bukan sahaja masakan tradisional, tetapi juga kuih-muih terkini turut dijual.
Idli & The Gang |
Halia madu kelulut. |
- Kamataka
- Tamil Nadu
- Pondicherry
- Kerala
- Andra Pradesh
- Sri Lanka
Pagi ni kita sarapan roti wholemeal jer, Amie.. celup dengan nescafe o panas.., bestnya kalau dapat idli tu
BalasPadamBelum pernah lagi makan Idli. Cantik kejadiaanya. Macam-macam kuah sampingan dengan Idli ye.
BalasPadamSekali pandang, nampak macam putu piring pun ada, idli tu. Saya tak pernah lagi makan idli.
BalasPadammy grandad's favorite :(
BalasPadamAkak pun bwrselera jgk mkn mknan mcm ni..
BalasPadam