Pages

Khamis, 28 Januari 2021

Nasi Kukus Cikgu Kota Belud

Kami makan tengahari di Restoran Nasi Kukus Cikgu Kota Belud. Restoran ini letaknya berhadapan dengan Tabung Haji Kota Belud.Fairuz kata perutnya dah tak tahan menanggung lapar! Fairuz kata, makan apa-apalah saja.  Amie dan Encik Suami pun memesan makanan di meja tempahan. Sementara itu Fairuz menemani Firdaus duduk di meja makan.

Ramai pelanggan sedang menikmati makan tengahari di sini. 
Encik Suami memilih nasi kerabau untuk dirinya dan Fairuz. Amie pesan nasi ayam untuk Firdaus dan untuk sendiri Amie pesan Mee Celup Siam. Mungkin kami datang agak lewat, nasi kukus ayam berempah habis. Kalau ada, memang nak pilihkan menu itu untuk Fairuz. 

Paling sedap sudah tentulah hirup cendol!
Kenapa sedap sangat? Sebab gunakan santan segar. Dah lama sangat tak jumpa cendol santan segar. Kalau menyedol di mana-mana kedai atau restoran, biasanya cendol bersantankan susu atau santan kotak!

Nasi kerabu dengan ayam goreng berempah.


                                     
Bismillah.
Orang kelaparan makan dulu!
                        
Mee Celup Siam.

Nasi ayam untuk Firdaus habislah pulak! Nasi Kukus Ayam Percik Kelate pun habis juga. Ubah pesanan kepada Nasi Kukus Kambing Bakar Black Pepper.

Apabila Nasi Kukus Kambing Bakar Black Pepper sampai di meja, Fairuz kata : Kenapa tak bagi tahu ada kambing? Alahai raja kambing.... tadi kata makan apa-apa saja yang dipesan! Bila nampak kambing rasa nak makan pula. Oleh kerana Firdaus tak mahu makan Nasi Kukus Kambing Bakar Black Pepper, jadi Fairuz pun sambung nasi kerabu kenasi kambing bakar pulak!

Selesai makan, kami sambung perjalanan ke Tuaran. Perancangan awal kami akan menginap di Kota Belud selama dua malam. Tempahan hotel telah dibuat untuk dua lokasi yang berlainan. Masalah berlaku, kerana pihak hotel kata bayaran tidak dapat diproses. Melayanglah bayaran RM542 untuk kedua-dua buah hotel tersebut, walaupun sudah dibayar secara online. Sehingga ke hari ini, pihak hotel tidak memulangkan bayaran walaupun sudah dimaklumkan dengan bukti bayaran sudah dibuat.
Ketika keluar dari Restoran Nasi Kukus Cikgu, hujan renyai-renyai sedang menanti kami mengiringi perjalanan ke kereta.

12 ulasan:

  1. Sedap nian semua menu yang dipilih, kak.
    Aku juga penasaran dengqn rasa nasi kukus ayam pedas yang sayangnya sedang habis saat itu.

    Warna biru di nasi kerabu itu apa ya, kak ?. Nasikah yang diberi warna biru ?.

    BalasPadam
  2. @Himawan Sant Nasi biru itulah nasi kerabu yang diwarnakan. Nasi kerabu asli gunakan bunga telang yang menghasilkan warna biru, tetapi yang ini masak nasi dengan pewarna bukannya bunga telang. Itulah nasi kerabu Pak Himawan. Ada nasi kerabu berwarna kuning juga.

    BalasPadam
  3. SAkitnya hati pasal bayaran hotel tu kak Amie. Semoga dapat balik duit tu.

    Sedap gak kalau dapat nasi kerabu daging bakar. Ok dah ada idea lunch hari ni

    BalasPadam
  4. Oh, di sana boleh makan di kedai ya? Ke kisah semasa PKPB ni, Amie? Maaf jika Kita terlepas pandang bila Amie ke Kota Belud ni

    BalasPadam
  5. Nasi kerabu dan nasi kukuk kambing tu nampak menyelerakan sangat :)

    BalasPadam
  6. Menarik kaler biru nasi kerabunya kak

    BalasPadam
  7. lamanya tak makan cendol! craving ni

    BalasPadam
  8. Menarik sangat semua menu yang dipesan tu.

    Semoga segera dapat refund duit hotel tu, mungkin kena selalu follow up.
    Push suruh cepat. Bukti dah ada, tak patut pihak hotel lengah refund.

    BalasPadam
  9. Hidangan sedap sedap tu. Nasi kerabu dia mengancam betul. Untung Fairuz sampai dua pinggan. Mee celup siam tu tempting betul.
    Semoga dapat refund tu nanti. Banyak nilainya tu.

    BalasPadam
  10. Kambing tu... Kambing..
    Kenapalah dia melintas di saat ini.. Hihihi

    BalasPadam