Pages

Sabtu, 16 Januari 2021

My First Giveaway by Blog Sal

Selamat berhujung minggu buat semua. Hujan-hujan begini rasa nak tarik selimut saja, tidur sampai ke petang... ahaks! Tapi tiba-tiba teringat blogger Sal dari Blog Sal yang sedang menganjurkan My First Giveaway.

Oleh kerana syarat penyertaannya sangat mudah, jadi Amie pun berminat dan rasa seronok untuk turut serta memeriahkan segmen yang Sal anjurkan buat pertama kalinya ini. Yang belum jadi follower Sal, kenalah follow dulu ye. Kemudian buatlah entri My First Giveaway by Blog Sal. Lepas itu copy and paste banner seperti di bawah ini disertakan dengan backlink ke entri berkenaan. Akhir sekali kena letakkan link entri giveaway kita di ruangan komen di Blog Sal. Begitulah lebih kurangnya kan Sal.

Selain hadiah fridge magnet, kata Sal ada hadiah misteri turut disediakan. Menarik bunyinya tu. Apa pun adat bergiveaway, yang dapat dikira rezekilah kan. Untuk seronok-soronok meraikan rakan dunia maya, tak gitu?

Segmen ini akan berakhir pada 8 Februari 2021. Masih banyak kesempatan untuk menyertainya. Jom sama-sama meriah-meriahkan Blog Sal. Amie selalu terjah ke sana sebab suka baca hasil tulisan Sal tentang pengalaman kembaranya serta paparan gambar-gambar yang menarik. Sudi-sudilah selalu singgah di: BLOG NI SAL PUNYA.

11 ulasan:

  1. Semoga ada rezeki kak Amie menang giveaway. Aaminn :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana menyertai Giveaway by Blog Sal. Nombor penyertaan anda adalah 30 . Semoga berjaya!

    BalasPadam
  3. Lama tak kembara, sekarang entry rekemen movie je banyak. Hehe. Jaga diri ye kak Amie

    BalasPadam
  4. Semuga berjaya. Kita pun dah join juga.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, hai.. singgah di sini dari giveaway yang sama.. Best of luck to you.. Semoga ada rezeki..

    https://www.shikinrazali.com/2021/01/my-first-giveaway-by-blog-sal.html

    BalasPadam
  6. Hai, jom join giveaway di bawah! GA ini hampir tamat!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam