Jumpa lagi di alam maya. Bagaimana cuaca di teman rakan semua? Hari ini hujan tidak turun di bumi LD, tapi menjelang tengahari mendung pula. Bagaimana pun hujan tidak turun sehinggalah matahari terbenam.
Jom serikan petang kita dengan menikmati kuih vadai dan hirup teh panas sambil sembang-sembang di dapur.
Kuih vadai & teh Ceylon 888 panas renih dengan gula batu bubuh daun pandan. |
Kuih vadai ini Amie buat sendiri. Bentuknya pun bulat berisi macam tuannya juga.... ahaks! Orang lain buat kuih vadai nampak ayu, langkah demi langkah dilakukan penuh teliti. Amie main bantai saja asal siap dan sedap!
Teringat zaman kanak-kanak, kuih vadai ini antara kuih kegemaran. Setiap kali Bonda dan Ayahanda turun ke Sungai Buluh, kami adik-beradik menunggu kepulangan mereka di hujung kebun. Maklumlah, keluarga kami tidak ada kenderaan bermotor kecuali basikal. Jadi kalau turun ke pekan kenalah naik kereta yang orang kampung panggil 'prebet sapu'. Apabila pulang, sudah tentulah ada oleh-oleh khas yang mereka beli untuk kami.
Ada dua buah gerai mamak di Sungai Buluh. Sebuah gerai jual kuih-muih dan sebuah gerai lagi jual cendol. Ayahanda dan Bonda suka beli kuih vadai dan pisang nangka goreng. Pisang nangka goreng celup tepung rasanya sangat sedap. Mamak akan bungkus dalam kertas suratkhabar, dan tabur gula pasir atas pisang goreng tadi. Dulu harga sebiji vadai 10 sen sahaja. Begitu juga dengan pisnag nangka goreng. Pisang nangka goreng itu bukan digoreng sebelah, tapi sebiji! Rasanya manis-manis dan ada rasa asam sedikit.
Gerai mamak yang jual cendol pula, sentiasa dikunjungi pelanggan. Cendolnya sangat sedap, lemak manis. Seronok kalau melihat mamak memarut ais batu. Kalau tak silap dahulu harga semangkuk cendol 15 sen sahaja. Setiap kali kalau Ayahanda dan Bonda bawa kami ke Sungai Buluh, tempat wajib singgah untuk basahkan tekak sudah tentulah di warung mamak cendol ini.
Oleh kerana Amie hanya campak-campak bahan sahaja untuk menghasilkan kuih vadai tanpa ikut peraturan, jadi Amie tak kongsikan resipinya. Amie dapati ada yang simpan dahulu kuih vadai di dalam peti sejuk sebelum digoreng. Ada yang tambahkan tepung dan telur.
Amie rendam kacang dal selama 3 jam. Separuh Amie kisar halus, dan separuh lagi kisar kasar. Bahan perencahnya Amie ikut bahan yang digunakan oleh mamak di Sungai Buluh. Campurkan hirisan cili merah dan cili hijau, daun kari, hirisan bawang merah kecil dan jintan manis.
Oleh kerana tidak banyak masa di dapur, Amie hanya kepal-kepal dan leperkan adunan vadai ini ketika hendak menggoreng. Maksudnya, Amie tidak 'bentuk' vadai sebelum menggoreng. Ketika minyak sedang panas di dalam kuali, ketika itulah Amie membentuk vadai secara spontan, dan terus masukkan dalam kuali gorengan. Itu sebab saiznya ada yang tak sama.
Encik Suami kata, sedapnya kuih ni!
Dan seketul demi seketul hilang dari pinggan.
Vadai, vadei atau masalode, ini antara kuih tradisi india yang Sk suka. Masa kakak2 dulu, ada satu uncle yg berjalan kuih ni dengan motosikal. Sk tunggu dengan pinggan, selepas susun vadei dalam pinggan, uncle akan letak sebiji cili hijau.
BalasPadamNampak sedap kejadiannya
BalasPadam@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Vadai masih panas sedap dimakan, aromanya sangat enyelerakan.
BalasPadam@Warisan Petani Terima kasih Wak.
BalasPadamrupa tak penting kak, janji rasa tu boleh bangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak. Gitu. Cuaca di KL ni panas terik. Baru pukul 10 pagi dah macam pukul 12 tengahari
BalasPadamBaunya sedap bila digoreng... kat area umh mak mmg ada melayu yg jual vadai ni... bau mmg menusuk hidung bila lalu stall dia... org pun bersusun tgu vadai siap digoreng
BalasPadampandainya kak amie buat :)
BalasPadamSedapnya Kuih vadai. Lama tak makan. kalau ada pasar malam je baru jumpa. nak kena ada kerajinan nak membuat ni :)
BalasPadam