Hari kedua di Pitas, sebelum bersarapan pagi kami sempat melawat ke Dataran Bengkoka yang terletak berhampiran dengan Indah Chalet. Encik Suami ingin bersarapan di restoran yang terletak bersebelahan dengan Indah Chalet. Apabila kami tiba, pekerja restoran memberitahu kami restoran beroperasi pada pukul 10 pagi. Jadi kami habiskan masa dahulu menuju ke Dataran Bengkoka. Kalau berjalan kaki dari tempat penginapan, hanya mengambil masa 2-3 minit sahaja.
Benda pertama yang kami hampiri sudah tentulah replika giant lobster yang melekap di batu besar di tepi laut. Pada hari Rabu, akan ada pasar atau Tamu Mingguan Dataran Bengkoka. Malangnya, pada hari tersebut walaupun hari Rabu, pasar atau tamu tidak dibuka. Maklumat yang kami terima, sejak PKP 1.0 memang semua aktiviti di kawasan ini dihentikan. Memang kelihatan suasananya yang tidak terjaga, dengan sampah sarap dan banyak longgokan najis lembu.
|
Giant Lobster di Dataran Bengkoka |
Sempat meninggalkan jejak di Jeti Dataran Bengkoka.
Menikmati pemandangan Laut Sulu.
Dapat juga tangkap sekeping gambar dengan Fairuz. Rambutnya panjang betul! Maklumlah cuti sekolah yang berpanjangan dan terpaksa berkurung lama! Tak sedar rambut sudah berjurai panjang!
Jom ambil gambar dari sisi depan giant lobster pula.
Penduduk sekitar daerah Pitas terdiri daripada etnik Kadazandusun dari suku kaum Rungus dan Orang Sungai termasuk sub-suku Tambanuo. Di dataran ini juga terdapat rumah-rumah tradisional suku kaum yang terdapat di sini. Bagaimana pun ketika ini keadaannya kelihatan uzur dan terbiar.
Jika ada kesempatan untuk datang sekali lagi ke sini, harapnya Dataran Bengkoka kembali meriah seperti dahulu.
Hujan gerimis mula turun membasahi Dataran Bengkoka. Kami tidak boleh berlama-lama di sini. Hanya tinggal 3 minit ke pukul 10, dan memang masa yang sesuai untuk kami kembali ke restoran untuk bersarapan.
Siapa tahu nama buah ini?
Uish... Banyaknya post cikgu.. Hari ni saya kwbizian.. Hihihi.. Seronok kalau baca blog cikgu banyak info. Saya belum pernah makan lobster. Buah tu warna macam jambu keling, ruoa macam buah tin. Nanti bagi jawapan yer cikgu.. Hihihi
BalasPadamKiranya hampir setahun tempat ni kurang pengunjung. rumah panjang tu semak betul bila terbiar je. sayangnya
BalasPadamdari pencariaan saya, jumpa Glochidion ferdinandi - 'Cheese Tree'
besar betol lobster tu kak :)
BalasPadamlama shida x singgah sini..Salam Tahun Baru kak :)
Di JB ni pun ada lobster beso tau, nanti kalau rajin sy tunjuk
BalasPadam@namakucella Sementara ada masa memang selalu update dapur maya ni. Nanti dah sibuk kerja, sekali-sekala saja boleh menulis hehehee.
BalasPadamFiza dah bagi jawapan, buah rupa buah tin tu nama dia glochidion ferdinandi - cheese tree.
@Azhafizah MN Itulah antara kesan-kesan bencana Covid-19 sepanjang tahun 2020.
BalasPadamTq dapat cari nama buah tu Fiza. Pokok Buah tu kat tepi laut, sebelah giant lobster.
@Shida Radzuan Selamat Tahun Baru 2021 juga Shida. Dari jauh Kak Amie ingat ketam atau udang, dah dekat rupanya lobster!
BalasPadam@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Di tunggu lobster beso dari JB ye.
BalasPadammmg giant lobster tu..rindu la lama tk mkn lobster...hah apa nama buah tu
BalasPadam@Amie
BalasPadamsama sama kak amie..ohh pokok liar ye..tak pasti betul ke tidak tu..tapi tengok macam serupa
alaaa kalau lobster tu boleh mkn kan syok hahahaha...
BalasPadamhabis tu rumah2 tu dibiarkan mcm tu je ke?
@Azhafizah MN Betul tu cheese tree. Kak Amie pun dah tengok di googgle. Buahnya sama.
BalasPadam@dear anies Ya, terbiar begitu saja.
BalasPadam@mama tisya Cheese tree
BalasPadamsunyi sepi bila rumah2 ditinggalkan.. harap tak ada yg jadikan port dadah.
BalasPadam