Pages

Rabu, 2 Disember 2020

Sarapan Lempeng Tepung Gandum Menu Orang Kampung

Selamat pagi dunia. Di pagi yang cantik ini, jom kita sarapan Lempeng Tepung Gandum Menu Orang Kampung. Ada lebihan kuah asam pedas ikan susu masakan kelmarin, jadi boleh panaskan kembali. Rasa kuah asam pedas yang sudah mesra sebati ini sedap sangat dijadikan cecahan lempeng.

Lempeng Tepung Gandum

Tak perlu susah-susah cari bahan untuk buat lempeng tepung gandum. Amie buat adunan lempeng tepung gandum dengan menambahkan sebiji telur, setengah cawan susu cair dan secubit garam dalam adunan. Tak ada sukatan tertentu yang Amie gunakan. Cukup sekadar adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian dadar di dalam kuali. Terpulang nak lempeng yang suci bersih tanpa sebarang kesan atau nak lempeng yang agak garing sedikit. Yang penting gunakan api perlahan. Amie gunakan kuali non stick tapi oleskan juga dengan sedikit minyak.


Tak sempat kira dapat berapa keping lempeng. Abang Farid suka sangat makan. Agaknya 10 keping masuk perutnya! Lain kali Mommy buat lagi lempeng tepung gandum ini ya.

Kuah asam pedas ikan susu.


Secawan teh Sabah & lemon panas.


Firdaus makan lempeng dengan jem.

Alhamdulillah.
Sudah alas perut, mari kita teruskan rutin harian.
 

12 ulasan:

  1. Aduh sedapnyaa Amie, sini Pasir Gudnag hujan ni.. dapat makan lempeng sedapnyaaaa

    BalasPadam
  2. Lama.x buat. Makan dgn sambal timid alahai sedaonya

    BalasPadam
  3. sedap ni, saya selalu gu kan dengan sardin :D

    BalasPadam
  4. Sedapnyaaaaa...kalau dapat sambal sardin sedap ni kak....

    BalasPadam
  5. Sedapnya. Terus teringin nak makan lempeng sekarang :)

    BalasPadam
  6. Time ujan ujan ni makan lempeng cecah asam pedas perghhhh layan kopi kampung yummy

    BalasPadam
  7. Sedapnya lempeng tepung gandum cicah kuah asma pedas. Bertambah makannnya tu. Rare betul daus makan dengan jem. ala ala crepe gitu :)

    BalasPadam
  8. Simple je, tapi membuka selera la. Bertambah idea saya untuk masak apa untuk sarapan. Thank you ye, Amie.

    BalasPadam
  9. Boleh la buat breakfast esok. Saya ada lebihan kari ikan bawal

    BalasPadam
  10. perghhhhh geram nengok ni amie..saya suka macam ni, lempeng cicah asam pedas!

    BalasPadam
  11. Haish.... Sambal sardin semalam ada lagi ni.. Memang mengundang lempeng ni cikgu.. Hihihi

    BalasPadam
  12. Dulu masa kat Perlis selalu juga buat lempeng ni. Kadang2 campur juga bahan lain macam kelapa, pisang dll...

    BalasPadam