Entri sebelum tidur.
Jom sembang-sembang di dapur sambil hirup teh bunga ros yang sangat harum aromanya! Rasa seperti berada di taman bunga pula. Lepas itu kita cari tin biskut. Sambil hirup teh, sambil kunyah biskut!
Jumpa biskut kelapa berinti jem nanas dalam tin.
Nampak cantik pula biskut ini.
Coconut Pineapple Biscuits ( Biscuits with Pineapple Jam) |
Sudahlah cantik, rasanya pun sangat sedap! Macam makan tart nanas pula. Serasi betul digandingkan dengan teh bunga ros!
Rose Chryshantemum Tea |
Malam ini langit gelap gelita, tanpa kerlipan bintang dan sinaran sang rembulan. Teringat lagu Broery Marantika : Biarlah Bulan Bicara:
Bulan sabit yang jatuh di pelataran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah, sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena, dibuai pelukan dosa
Cukuplah serangkap lirik lagu sahaja. Nanti ada yang termenung, tak lena tidur sampai ke pagi... hiks!
mesti lena tidur pekena teh bunga yang menyegarkan tu.
BalasPadamAroma teh yang buat mudah tidur lena.
BalasPadamCute biskut tu.
Aroma tu saya pun suka kak amie. Comelnya biskut. Tak pernah nampak. Boleh share jenama apa tu kak amie? Menarik pulak kalau di'gambar'kan.
BalasPadamKalau rasa macam tart nanas sedap tu. Fav tart nanas :)
sesuai tu kak dua hidangan tu, lepas tu biskut nenas tu pun memang cantik... nostalgia
BalasPadamberbunga2 hati saya memandang
BalasPadamAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
BalasPadammemang sedap mengunyah sebelum melelapkan mata, kena pulak Rose Chryshantemum Tea berganding dengan Coconut Pineapple Biscuits, fuhh meamgn jjadi" tapi tu lah.. amalan makan sebelum tidur ni cepat menambah berat badan ..ye ke? hehehe
Cantik biskut tu bila dijadikan subjek gambar.. dihiasi bunga..
BalasPadamrose tea to i love but pineapple biskut tu is a big NO utk atie.... takleh terima tekak
BalasPadamsubhanallah... cantik biskut tu bila ada teknik mengambil gambar... minum teh ros sambil dgr lagu broery tu fuhhh... mmg layan
BalasPadamMemula ingatkan biskut tu bunga untuk buat teh.. Hihihi
BalasPadam