Sudah siap laporan BDR. Sambung kerja semak menyemak pula. Rasa nak terkeluar biji mata membaca tulisan yang pelbagai rupa bentuk. Rehat sekejap. Cari minuman di dapur. Minum air kosong segelas. Sambung kerja. Intai dapur maya sekejap. Masak apa untuk hidangan tengahari tadi?
Amie masak nasi goreng ikan masin. Kelmarin masak lauk asam pedas ikan. Memang berlebihlah nasi sebab Abang Farid tak mahu makan nasi dengan ikan. Dia order KFC. Nak goreng nasi, tak banyak pula nasi semalam. Kalau goreng nasi, semua anak berebut nak makan. Tak kisahlah nasi goreng bubuh apa, jarang tak licin mangkuk nasi goreng. Amie minta Abang Farid masak nasi sikit, untuk tambahan nasi semalam.
Jadi, tengahari tadi ada 2 versi nasi goreng. Satu untuk anak-anak, dan satu lagi untuk Encik Suami dan Amie. Untuk anak-anak, nasi goreng ikan masin rasa pedas cili padi. Untuk kami nasi goreng ikan masin pedas cili padi tambah petai.
|
Nasi Goreng Ikan Masin dengan Petai |
Untuk anak-anak yang suka sangat makan nasi goreng air tangan Mommy, ini dia Mommy kongsikan resipinya di bawah.
Bahan-bahan:
5 cawan nasi putih
1 cawan jagung biji
1 cawan jagung dipotong dadu
2 biji telur
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
#petai
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji cili padi kampung
1 ekor ikan kutambak masin
Cara memasak:
1. Goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan toskan. Tumbuk bersama bahan tumbuk yang lain.
2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan masin di dalam kuali.
3. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
4. Kemudian masukkan lobak merah dan jagung biji. Kacau-kacau dan biarkan masak seketika.
5. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata.
6. Masukkan nasi putih, garam / perasa pilihan.
7. Gaul sebati dan padamkan api dapur.
|
Nasi Goreng Ikan Masin |
Setelah nasi goreng siap masak di kuali, Amie angkat sebahagian dan masukkan ke dalam mangkuk. Sebahagian lagi Amie tinggalkan di dalam kuali. Nyalakan kembali api dapur, dan Amie taburkan petai.
Tak perlu belah mata petai, masuk jew sebiji-sebiji... ahaks!
Bila petai sudah berubah warna, terus padamkan api dapur. Sedap makan nasi goreng dengan petai yang masih rangup begini.
Waalaaa.... sedap betul makan nasi goreng ikan masin yang pedas berapi, ditambah dengan petai! Tak nampak dah siapa yang lalu di belakang tu....ahaks!
Sedapnya...meriah nasi goreng tu. Menyerlah warna hijau petai.
BalasPadamRajinnya buat sampai 2 versi. Saya semalam masak nasi goreng Cina, 4 orang makan. Dah cukup. Hehe. Tak rajin macam kak Amie
BalasPadamRumah sy kalau pagi jer nasi goreng laku, tengahari masak nasi goreng amat jarang berlaku, kalau malam itu selalu, hihi
BalasPadamnampak sedap nasi goreng amie..tapi kita tak makan petai, jadi kita nak versi tanpa petai tu sepinggan, ok!
BalasPadamsedap ni lg sedap kalau tumbuk dgn lesung.. kan? kan?
BalasPadamSedap nasi goreng pedas. saya kena join makan nasi goreng anak anak tu. Petai dalam nasi goreng saya kurang makan :)
BalasPadamMata petai tu macam memandang engam harapan saya memakannya.. Hihihi
BalasPadamSedapnye nasik goreng ikan masin..lagi pedas lagi best ðŸ¤, tapi nak yang kosong je. Taknak petai. Hihihihi
BalasPadamDi rumah ni, nasi goreng memang favourite semua. Sedapnya!
BalasPadam@Yaya Azura Jemput makan sama.
BalasPadam@SalbiahM Hehehe... tak susah mana. Angkat separuh, bubuh petai dalam kuali yang ada nasi separuh lagi tu.
BalasPadam@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Nasi goreng terlajak ke tengahari ni Sk hihihiii.
BalasPadam@Sunah Sakura Boleh jew..jemput.
BalasPadam@Kakmim Perencah nasi goreng kalau tumbuk dalam lesung sedap dia tiada tandingan...hahaha!
BalasPadam@Azhafizah MN Itulah Fiza, kalau masak sekali harung, nanti anak-anak terkuis-kuis harta karun si petai tu, nak dibuang. Jadi kena dua versi.
BalasPadam@namakucella Bahaya juga mata petai itu ye...kah!
BalasPadam@Jaja Ahmad Saya tak cukup dengan pedas perencah, tima makan tu sedia juga beberapa biji cili padi buat tambahan macam ulam pulak dah.
BalasPadam@Puan Hazel Kan. Nasi goreng memang pilihan ramai.
BalasPadamsedapnya..krup krup krup petai tu
BalasPadamPagi ini wak pun sarapan nasi goreng dengan ikan gelama masam goreng.
BalasPadamCuma wak tak makan petai aje.
Wah baru teringat masih ada ikan masin tak dimasak dan lebihan nasi banyak tersimpan dalam peti ais. Bolehlah buat nasi goreng ikan masin esok macam Kak Amie.
BalasPadamZumal suka nasi goreng ikan masin. Best sangat...
BalasPadamMenarik nasi goreng kak amie tu.....terus rasa nak goreng nasi plak
BalasPadam@Amie
BalasPadambetul kak, masak dua versi senang. senang juga nak makan nanti tak ayah nak asingkan.