Pages

Selasa, 17 November 2020

Miang Kham di Musim PKPB

Entri sebelum tidur. Dua hari lepas terjumpa daun kaduk di kampung. Bawa pulang ke rumah. Sempat beritahu adik ipar, nak buat miang kham. Apa itu, tanyanya. Amie kata, appetizer orang Thailand. Sempat adik ipar pesan, kalau kakak buat nanti nak rasa sikit. Macamanalah rasa miang kham itu!

Miang Kham


Encik Suami pun tercengang-cengang apabila kita ajak makan miang kham. Katanya, daun kaduk tu tak dicelur ke? Siap kira lagi ada berapa jenis bahan dalam dulang. Tengah-tengah ada sos, dikelilingi oleh hirisan bawang, kacang tanah panggang, udang kering panggang, hirisan cili padi, hirisan halia, hirisan limau nipis dan kelapa panggang. Cukup 7 bahan mengelilingi sos.

Selalu melihat dan mendengar cerita tentang miang kham tapi tak terlintas di hati untuk cuba menyediakannya. Satu masalah utamanya, sebab tak ada daun kaduk. Rupa-rupanya pokok kaduk banyak tumbuh subur di kampung! Pertama kali makan miang kham sewaktu jalan-jalan ke Hatyai. Banyak sungguh gerai yang menjual miang kham! Kawan-kawan hanya melihat kita makan, dan mereka tak mahu cuba. Mula-mula tak yakin juga boleh kunyah daun kaduk, tetapi kali pertama makan tak berhenti pula sehingga ke daun terakhir!
Balik LD teringat-ingat miang kham. Nak buat tapi tak ada daun kaduk (tak tahu ada pokok kaduk di kampung). Awal tahun, sekali lagi merayap ke Thailand. Kali ini ke Bangkok pula. Sudah terbayang akan makan miang kham sepuas-puasnya. Sayangnya, tak jumpa walau sehelai daun kaduk di sana!
Maka, baliklah ke LD dengan harapan, nanti kalau balik Malaya akan cabut beberapa pokok kaduk yang tumbuh bawah pokok kelapa sawit, bawa dan tanam di LD.

Rezeki Allah nak bagi siapa tahu kan?
Ajar Encik Suami bagaimana untuk makan miang kham.

Beginilah lebih kurangnya, bubuh sikit-sikit bahan 7 beradik itu di atas daun kaduk yang sudah dicuci bersih dan ditoskan hingga kering.

Kemudian bubuh sos miang kham yang rasa manis gula kabung, dan masin sos ikan itu. Ikut sukalah nak bubuh banyak mana. Dalam gambar tu nampak seco'et jew Amie bubuh. Dengan lafaz Bismillah, Encik Suami pun kunyah dan telan.
Amie tanya, macamana? Boleh terima?
Jawab Encik Suami : Boleh buatkan lagi?
Kami pun makanlah berdua di dapur. Datang anak-anak, semuanya tak mahu cuba.
Kata Encik Suami: Sedap ni kalau makan ramai-ramai.
Sahut Amie : Jomlah ke kampung. Hari tu Pak Uda pesan, kalau kita buat miang kham, dia pun nak rasa sikit.
Kata Encik Suami: Nanti telefon dulu. Suruh dia cari daun kaduk, cuci siap-siap.

Sebakul miang kham sudah sedia untuk dibawa ke kampung. Di pertengahan jalan, baru perasan terbawa daun kaduk sekali! Seronok sangat mengajar ipar dan biras serta anak-anak buah makan miang kham. Alhamdulillah. Tidak seorang pun yang mengatakan miang kham tidak boleh diterima tekak. Malah sama-sama menghabiskannya!
Meriahnya dunia masakan.
Macam-macam ada!
Sekian.
Cerita miang kham di musim PKPB.

10 ulasan:

  1. Mmg seronok mkn miang kham beramai2, esp bila tgk mereka yg baru nk cuba..mcm2 expresi..hehe..

    BalasPadam
  2. mkn miang kham ni dah mkn colek2 pualk hehee..xpernah cuba mkn..lg miang kham ni kak.

    BalasPadam
  3. makanannya sangat sedap, ini pertama kali saya melihatnya

    BalasPadam
  4. Miang kam ni bagi yg tak suka ulam mmg payah nk telan... lagila budak2 kak heheheh zseronok makan ramai2 kan

    BalasPadam
  5. Kat sini ada org jual jugak tu sis tp kakmim x penah lg try.. hehehe

    BalasPadam
  6. Tak pernah cuba ..mungkin sebab saya tak makan ulam, sayur pun memilih, ni kalau orang paksa makan mau menangis saya. Haha.

    BalasPadam
  7. Wah, sedap mengunyah ni.. Aroi ching ching la eee.....

    BalasPadam
  8. Lama dah teringin nak makan miang kham tapi belum ada rezeki lagi. Daun kaduk memang susah nak jumpa. Nampaknya miang kham ni sedap walaupun dari segi rupanya ramai tak yakin boleh telan.

    BalasPadam
  9. Tak berjaya lagi nak mencuba miang kham nie..

    BalasPadam
  10. Semoga covid cepat berakhir. Boleh kita ke Thailand makan Miang Kham lagi

    BalasPadam