Pages

Isnin, 16 November 2020

Bubur Merah Hadiah Paling Istimewa di Hari Ulang Tahun

Awal pagi tadi, kakak-kakak Amie ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran buat adindanya yang jauh di mata tapi setiap saat dekat di hati. Selain ucapan 'sanah helwah', disertakan sekali gambar semangkuk bubur merah dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati: Bubur merah ini, hadiah sambutan ulang tahun  paling istimewa yang pernah emak buatkan untuk kita semua.
Apa perasaan Amie?
Tak sanggup nak tulis sebab dari pagi tadi hati ini rasa sayu! Paling sayu, dan sesayu sayunya! Rindu serindu-rindunya! Tahun ini sudah 3 kali tukar tarikh penerbangan, tapi tak pasti dapat atau sebaliknya hujung tahun ini balik Malaya. Dah! Habuk pun tak habis-habis masuk mata sepanjang hari.

Bubur Merah


Ada pun bubur merah dalam gambar di atas ini, Amie buat di dapur sendiri tengahari tadi. Amie makan sendiri, makan seorang diri di dapur! Terima kasih emak kerana telah begitu banyak berkorban melahirkan dan membesarkan anak-anak emak. Ya Allah ya Tuhanku! Berilah kesihatan yang berpanjangan buat emak kami! Ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kami kecil.

Hari ini haru ulang tahun kelahiran Amie. Tidak ada sebarang perancangan untuk menyambutnya. Sebelum PKPB diumumkan, kami sudah merancang bersama kawan-kawan dan keluarga masing-masing untuk jalan-jalan ke Kudat, Pitas dan Kota Belud. Kononnya akan sambut ulang tahun di Kudat. Walaupun hari ini juga cuti perayaan Deepavali tetapi Amie perlu bergoogle meet pada pukul 2 petang. Raut wajah Abang Farid pun sudah menunjukkan rasa kurang senang sebab ketika cuti, tetap juga ibunya menjalankan tugas. Pukul 11 pagi, penghantar makanan, Food Panda membunyikan honk motosikalnya di luar pagar. Rupanya Abang Farid sudah memesan makanan dari luar. Dalam seminggu ini, dua atau tiga kali Amie melihat Abang Farid berbincang-bincang sesuatu dengan Fuad dan Fairuz. Apabila terasa Amie memandang ke arah mereka, cepat-cepat Abang Farid kata: Sudahlah, kita sambung lain kali. Nanti Mommy dengar.
Rupanya mereka merancang untuk sambut hari ulang tahun kita.


Oleh kerana ada Cody (Coway Lady) sedang memeriksa dan servis penapis air Coway di dapur, jadi anak-anak membuat persediaan makan minum di tempat lain. Encik Suami belikan sebiji kek buah.


4 permata hati kami di musim PKPB. Lebih dua bulan terkurung dalam rumah. Rambut pun dah ada rupa sarang tebuan!


Doa pendek dibaca sebelum memulakan majlis.
Mudah-mudahan sisa usia ini akan dipenuhi dengan rahmat dan berkat daripada-Nya.

Terima kasih anak-anak dan Encik Suami kerana diam-diam merancang jamuan kecil ini. Ada ayam goreng KFC, ada pizza. Sampai 3 jenis pula pizza yang dipesan. Jadi tengahari tadi kami menjamu selera dengan makanan yang Abang Farid beli online.






Ini sahajalah yang mampu dicoretkan pada petang ini.
 Teringat senikata lagu Rafeah Buang : Kalau Rindu.
Janganlah kau sayu,
Air mata jangan dibuang,
Kalau rindu,
Pesan saja di awan petang!
 

28 ulasan:

  1. Selamat Hari Ulangtahun kak Amie. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa. BTW, best bila ada orang tersayang raikan kita mcm ni kan. Semoga dipermudahkan urusan kak Amie

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir k amie
    semoga sehat2 selalu bahagia bersama keluarga dan
    semoga dpermudahkan segala urusan
    aaminn

    BalasPadam
  3. amiin..utk doanya..Happy birthday Amie...seronok dirai oleh keluarga tersayang..siapakah yg rajin cucuk buah + sosej tu..hehe..

    BalasPadam
  4. Hepi birthday kak Amie. Semoga tercapai impian nak balik Malaya tahun ni. Sedih juga kan tak dapat sambut hari jadi dengan ahli keluarga lain

    BalasPadam
  5. Sanah Helwah.
    Meriah sungguh sambutannya

    BalasPadam
  6. Sanah helwah Kak Amie. Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam kasih sayangNya.

    BalasPadam
  7. Tenguk bubur merah bubur putih ni teringat aruah mak. Itulah hidangan yang di buat untuk hari lahir anak-anaknya. *Nangis bucu meja* huk huk

    Selamat ulang tahun amie. Semuga Allah mempermudahkan urusan amie sekeluarga. INsya Allah ada rezeki balik selangor nanti. Aamiin

    BalasPadam
  8. sanah helwah kak..semoga akk sekeluarga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam peliharaan Allah..amin

    BalasPadam
  9. sanah helwah amie moga sht sjhtera bhgia selalu murah rezki sukses dunia akhirat

    BalasPadam
  10. Kak Amie, happy belated birthday! baby baby november ni mmg awesome lah!

    BalasPadam
  11. Happy belated birthday cikgu..
    Semoga dirahmati Allah di dunia d akhirat

    BalasPadam
  12. @nohas Terima kasih. Tukang buat air tu yang rajin cucuk buah... si Fairuz heheeee.

    BalasPadam
  13. @SalbiahM Terima kasih dik. Mudah-mudahan dapatlah balik ziarah keluarga hujung tahun ini.

    BalasPadam
  14. @Warisan Petani Terima kasih Wak. Anak-anak main order saja.

    BalasPadam
  15. @notie Terima kasih. Itulah, pagi-pagi lagi hati sudah terusik. Manalah tak uhuk uhuk sampai ke petang...kah!
    Mudah-mudahan dapat balik Selangor hujung tahun nanti.

    BalasPadam
  16. @norliza Terima kasih dik. Mudah-mudahan. Aamiin ya Allah.

    BalasPadam
  17. @paridah Terima kasih atas doanya. Mudah-mudahan. Aamiin.

    BalasPadam
  18. @Atie Zieya Terima kasih dik. Ooo... awesome ye baby November... heheeee.

    BalasPadam
  19. Happy Belated Birthday Kak Amie.
    Semoga sentiasa dalam rahmat & kasih Allah.

    Erk... CP belum pernah lagi makan bubur merah :D

    BalasPadam
  20. selamat ulang tahun kak amie..meriah menu2 tu

    BalasPadam
  21. Selamat Ulang Tahun Amie! Semoga terus sihat dan murah rezeki dan boleh terus memberi inspirasi pada semua pembaca blog..:)

    BalasPadam
  22. Happy Belated Befday Kak Amie :)
    moga sihat sejahtera disamping kluarga tercinta :)

    BalasPadam
  23. Happy birthday Kak Amie! Alhamdulillah. Syukur. Jangan bersedih kak amie. Happy happy je okay. Pandai mereka merancang buat surprise untuk kak amie. Seronok tu ada birthday bersama keluarga. Syukur semua ada di rumah. Nampak tu rambut masing masing panjang dah. hihi

    Apapun semoga sihat selalu, dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn

    BalasPadam