Pages

Sabtu, 24 Oktober 2020

Cerita Mencuit Hati dari Dapur

Sepanjang minggu ini anak-anak sibuk dengan urusan pembelajaran masing-masing. jadi, tak dapatlah luangkan banyak masa di dapur. Paling banyak berada di dapur sudah tentulah Abang Farid. Kalau ada pinggan mangkuk kotor di sinki, dialah yang akan mencuci. Dan waktu malam, sebelum masuk tidur Abang Farid sekali lagi pastikan dapur dalam keadaan bersih, tidak ada pinggan mangkuk kotor yang tidak dicuci. Sekarang, lori sampah datang tidak menentu, dan tidak mengikut waktu. Ada sekali, Encik Suami terdengar bunyi lori sampah lalu di hadapan rumah pada pukul 4:20 pagi! Tak sempat nak keluarkan tong berisi sampah keluar pagar! Nak letak sebelah petang, takut sebelah malam datang anjing selongkar pula. Semenjak Encik Suami terpaksa berehat, kerja membuang sampah dilakukan oleh Abang Farid dan Fairuz. Seminggu dua ini lori sampah datang selepas Subuh pula iaitu lebih kurang pukul 5:30 pagi. Jadi, selepas solat Subuh, apabila terdengar bunyi lori sampah datang, cepat-cepat Fairuz buka kunci pagar, dan Abang Farid keluarkan tong sampah.

Anak-anak suka makan jemput-jemput udang campur jagung, tapi mereka kata asyik tak puas makan. Mommy goreng sikit sangat. Buatlah lebih sikit. Jadi Amie pun buatlah cucur udang, bubuh macam-macam aksesori dan memang banyaklah hasilnya. Cucur udang ini Amie campur tepung gandung dengan tepung beras dan tambah sedikit tepung jagung. Amie bubuh isi udang dalam adunan, jagung, daun kucai, daun bawang, taugeh, cili merah dan cili hijau serta telur. Bila digoreng, cucur udang rangup di luar, lembut di dalam. 

Banyaklah komplen anak-anak. Kenapa Mommy bubuh itu, kenapa bubuh ini. Kenapa tak buang kulit udang! Banyak songel pulak budak-budak ni. Bubuh itu, bubuh ini pun licin juga satu dulang cucur udang cecah dengan sos cili Thai.

Seperti biasa, Encik Suami dengan semangkuk mee hoon sup!

Tukang masak mee hoon sup sampai naik muak melihat menu yang sama : mee hoon, ayam, sayur sawi!

Kebetulan Abang Farid beli beberapa jenis pasta, jadi kita pun tanya Encik Suami: Boleh tak tukar mee hoon dengan pasta? Boleh jew, kata Encik Suami. Jadi, cubalah masakkan sup penne pula. Kita tanya : Okay tak rasanya? Okey, jawabnya. Kalau begitu okeylah.... ahaks!

Dah tukar mee hoon kepada pasta, rasa jemu pula asyik masak dengan ayam. Diam-diam kita masukkan isi ikan tenggiri. Kita hidangkan dan tanya : Hari ini masak sup pasta dengan ikan tenggiri. Boleh tak? Boleh jew... jawabnya. Nak kata tak boleh, benda dah dihidang.... ahaks. Lepas makan, kita tanya : Okey tak rasa sup pasta dengan ikan? Okey, jawabnya. Okeylah.... ahaks!

Anak-anak suka makan sushi. Kita pun tumpang semulut juga. Lama tak rasa wasabi! Bubuhlah lebih sikit. Sekali masuk mulut, terus menyenggau pedas wasabi masuk ke rongga  hidung! Haa... hamik kau! Orang yang ada resdung pun agaknya boleh hilang resdungnya kalau makan gaya begini!


Hari Khamis malam Jumaat lepas, Fuad ikut majlis bacaan Yasin di kampung. Encik Suami tak dapat hadir majlis sebab masih dalam tempoh berehat. Biras bekalkan coto Makassar untuk Fuad bawa pulang. Lama tak makan coto Makassar. Coto yang ini ditambah pentolan @ bebola daging.

Masak Nasi Goreng Kimchi sekali lagi. Ini pun anak-anak tak ada yang tahu Amie bubuh kimchi. Kali ini Amie bubuh isi ayam. Melihat anak-anak makan, dalam hati ketawa geli hati. Fuad dan Firdaus kuis-kuis hirisan kimchi. Agaknya Amie hiris agak kasar, tak halus seperti yang Amie masak sebelumnya. Ketika hendak hiris kimchi kobis, tiba-tiba Farid masuk dapur sebab Firdaus minta gorengkan telur. Tapi Farid kata, tak boleh goreng telur sebab semua tungku dapur Amie sedang gunakan. Syukurlah dia tak perasan Amie sedang hiris kimchi kobis. Tapi disebabkan takut Abang Farid nampak, Amie pun cepat-cepat hiris dan hasilnya agak kasar!

Fairuz dan Abang Farid sanggup redah jalan ke kampung Encik Suami di waktu pagi semata-mata nak beli nasi lemak dan nasi kuning! Kalau Amie lewat sedikit nak sediakan sarapan, memang laju betul budak-budak ni bawa lari kereta ke Kampung Cocos!

Penuhi selera Fairuz yang suka makan nasi ayam lalap tapi tak berapa nak melalap! Katanya, ayam goreng mesti dua ketul. Ada tempe dan tauhu goreng serta sambal belacan. Ada keropok, semangkuk kecil sup, ulam kacang panjang dan kobis celur. Tak apalah dik. Ini nasi lalap made in Amie's Little Kitchen.

Menjelang tengahari, anak-anak suka jenguk dapur! Maklumlah perut dah lapar. Kalau lauk ikan, memang kurang cergaslah membantu hidang di meja , tapi kalau nampak lauk ayam terutama ayam goreng, memang lajulah buat kerja. Kerja apa? Sediakan pinggan. Ambil nasi dari rice cooker. Tolong ceduk lauk dari kuali. Dan lepas makan terus kemas meja dan cuci pinggan.


Ada satu hari, lebih kurang pukul 1 tengahari, Fuad muncul di dapur. Katanya kuliah online akan disambung pukul 2 petang. Amie minta Fuad goreng ayam. Inilah hasil gorengan ayam Fuad. Kebetulan Fairuz menyiapkan tugasan di rumah kawannya, jadi tidaklah dapat makan tengahari bersama. Amie tinggalkan 3 ketul ayam goreng untuk Fairuz. Menjelang petang, ketika Fairuz pulang, Firdaus memberitahu kami: Mommy! Fairuz tak dapat ayam goreng! Habis Fuad makan!
Isshh...issshhh Fuad!
Kenapa buat adik Fairuz macam itu Fuad?
Saya dah telefon Fairuz. Tanya dia mau makan ayam gorengkah tidak? Dia bilang kalau mau makan, makan sajalah.
Betulkan adik Fairuz cakap begitu?
Fairuz anggukkan kepala dan terus mencapai kuali letak di atas dapur. Nak goreng telurlah itu!

Esoknya Amie goreng ayam lagi. Kali ini ayam goreng berempah. Entah berapa kali Fuad minta ayam goreng berempah dan nasi kukus. Dan sama seperti hari kelmarinnya, habis semua ayam goreng untuk Fairuz masuk perut Fuad! Bila Amie tanya, sekali lagi Fuad beritahu dia sudah telefon Fairuz, minta izin untuk makan ayam goreng berempah bahagiannya! Kebetulan Fairuz sedang menyambung siapkan tugasan STPMnya bersama kawan-kawannya. Kita geleng-geleng kepala memandang Encik Suami. Lain kali, memang kena sembunyikan ayam goreng untuk Fairuz.... ahaks!

Ini hasil masakan Abang Farid, spaghetti angel hair untuk makan malam.

Ini hidangan sarapan anak-anak pagi tadi. Sosej sudah dibahagi-bahagi, seorang 4 ketul. Fairuz lewat bangun. Ketika Amie sedang mengadap laptop untuk mengikuti google meet dengan jabatan, Abang Farid beritahu : Mommy! Sosej adik Fairuz tinggal seketul!
Huurrmmm.... agak-agak siapa yang makan sosej Fairuz?
Anak-anak memang tak baca apa yang Amie tulis dalam blog. Suatu hari nanti, ketika Mommy sudah tiada, apabila kalian terbaca coretan Mommy sudah tentu ia menjadi kenangan manis yang mengusik jiwa!

Dan ini, hasil air tangan Abang Farid untuk hidangan tengahari tadi. Amie sudah berpesan dengan Abang Farid, rendam ayam pukul 10 pagi. Masak nasi pukul 11:30 pagi. Sebaik selesai google meet, Amie akan turun ke dapur. Oleh kerana sudah agak lewat ke dapur, Amie minta Abang Farid masak saja ayam yang direndamnya. Hasilnya, semangkuk ayam masak kicap terhidang di meja. 

28 ulasan:

  1. Hi good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm the follower number 1396.

    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  2. Jamu mata saya tengok hidangan-hidangan di sini. Heheh Lepas ni memang kena asing dan sorok makanan untuk Fairuz kalau dia tiada di rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah,
      betul tu, macam-macam peel anak-anak... Hiks!

      Padam
  3. Keletah anak-anak, mereka memang suka ayam goreng kan kak...bagus semua rajin menolong di dapur walaupun akk tiada anak perempuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      betul tu, di mana-mana pun kalau ada ayam goreng memang orang suka!

      Padam
  4. amie rajin betul masak n sedap semuanya jadi hidangan kesukaan keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      terima kasih. Kebetulan anak-anak semua ada di rumah sebab pkpb, tu yang kena turun dapur selalu.

      Padam
  5. Kuat betul makan si Fuad. Remaja lelaki memang selera makan kuat. Teringat adik lelaki saya dahulu.

    BalasPadam
  6. Tengok pun dah kenyang 😂 kena tukar2 menu juga kan, kalau sama ja tak selera pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal,
      ya betul, kena tukar-tukar menu untuk lebih berselera.

      Padam
  7. Pelbagai menu setiap hari, rajin anak-anak lelaki Kak Amie menolong di dapur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      ya, syukurlah anak-anak semua ada di depan mata. Abang Farid rajin tolong di dapur.

      Padam
  8. time2 skarang ni, tgk gmbr makanan, rasa mcm nak masok jer dlm screen! sedapnya semua ni! haih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      jemput. Ni tengah banyak gambar makanan bolehlah buat entri, nanti dah sibuk baluk bekerja, taklah serancak ini.

      Padam
  9. Sarapan pagi tu mesti si ada yang dah culik makan. hehehehehe budak lelaki remaja memang tengah naik dan semua maknya masak tetap sedap di makan. Tapi tenguk masakan amie pun saya dah terliur tenguknya. Belum rasa lagi mesti jempol gitu. ahaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Notie,
      inilah kenangan manis bersama keluarga yang mengeratkan hubungan anak-beranak.

      Padam
  10. Seronok baca blog mak mak macam ni sebab kerenah anak berbagai. Tapi Alhamdulillah anak-anak akak ringan tulang dan tak kekok ke dapur. Terliur tengok ayam goreng tu. Patutla adik sampai merajuk kalau dah habis. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salbiah,
      Alhamdulillah, bolehlah tolong ringankan kerja-kerja rumah. Kalau ada ayam goreng memang laju jew abak-anak.

      Padam
  11. ahaha saya da memang tngh lapaq ni.. tunggu nak lunch terus.
    scroll sini banyaknyaaaa fooooddddd..

    BalasPadam
  12. Sedap cucur udang tu. letak udang dengan kulit barulah sedap rasa dia yang rangup kan. anak anak memang macam macam komplen tapi laju gak makan habiskan. hihi

    kalau ayam memang laju je habis. ikan macam sendu sikit kan. macam-macam jenis sup ada. Pasta abg Farid tu menyelerakan betul. pandai masak pasta fav dia eh. platting dia kemahen.

    Tak dapat bayangkan kalau dorang tahu mommy letak kimchi dalam nasi goreng. hihi

    BalasPadam