Jom sambung cerita jalan-jalan ke pulau-pulau di Semporna. Kami berkesempatan menginap satu malam di Mussah Poteh Resort Pom Pom Island. kami juga diberi peringatan agar berada di kawasan resort menjelang pukul 5 petang. Maknanya sebarang aktiviti laut tidak boleh dilakukan.
Penginapan di sini dikira per kepala. Pada ketika itu kami sempat membuat tempahan sebelum 31 Ogos 2020, dapat dapat potongan 50% dari harga asal. tempahan selepas itu, bermula 1 September harga naik sedikit. Rezeki Amie dan Kam, dapat bilik standard dan gardenview. Jadi kami dikenakan bayaran sebanyak RM369.00 seorang. Inilah harga yang paling rendah. Kalau kami menempah bilik berhadapan seaview, bayaran dikenakan sebanyak RM422.00. Kawan-kawan yang lain menghuni bilik deluxe dan rata-ratanya dikenakan bayaran antara RM403.00-RM464.00.
Selepas makan tengahari, kami menuju ke bilik masing-masing. Di hadapan bilik kami terlihat paip air, dan sudah tentunya untuk penyewa atau pengunjung yang sememangnya akan melakukan aktiviti laut!
Itu diaaa.... ada replika tapak sulaiman di sebelah pintu, sama dengan kunci kami!
Pekerja resort telah meletakkan beg-beg kami di hadapan bilik.
Jom angkat beg bawa masuk bilik.
Biasanya kalau masuk hotel, kita sendiri yang akan tekan suis penyaman udara, tetapi di sini sebaik kaki melangkah masuk, hawa dingin menyambut kami!
Dua buah katil besar sudah bersedia menerima tetamu!
Saiz katil ini lebih besar dari katil bersaiz king!
Payung pun disediakan juga. Maklumlah, suhu di pulau memang tinggi!
Ini bilik air. Saiznya juga luas.
Malam itu kami tidur lena! Bila bangun pagi, masing-masing kata tak sempat nak guling-guling satu katil sebab saiznya besar sangat! Memang betul, bukan king size seperti katil di rumah kami.
Ini tempat penetasan telur penyu. Ia terletak di simpang masuk ke bilik penginapan kami.
Barangkali di papan tanda itu ditulis tempoh penetasan anak penyu. 23 Julai 2020 - 6 September 2020. Kami berada di situ pada 29-30 Septemer 2020. jadi memang tidak berpeluang untuk menyaksikan anak-anak penyu dilepaskan ke laut.
Ini bilik di belakang kami, ada replika sotong kurita. Setiap bilik ditandakan dengan replika hidupan laut.
Jom jalan-jalan melihat suasana sekitar, jiran-jiran kami!
Beginilah gardenview dari bilik kami.
Kalau sudah jalan-jalan atau beraktiviti di pantai atau laut, jalan lupa bersihkan kaki di sini ya.
|
Senarai harga bilik untuk warganegara Malaysia sahaja. Sah sehingga 31 Disember 2020.
|
Jom ikut kami ke laut! Jangan lupa pakai topi.
menariknya resort ni, aircond terbuka sendiri tu best!
BalasPadamcantiknyaaa.... lepak luar malam2 pun best, mesti sejuk ja sbb pokok sekeliling kan
BalasPadamSyaz,
BalasPadamkan...biasanya kita yang buka aiecond sendiri.
Atie,
BalasPadamlepak malam pun best sebab penyu datang ke pantai.
mula-mula dana ingat semalaman rm300 lebih sorang kak, rupanya untuk 2hari 1 malam kira ok lah tu... bilik pun luas cantik nya...
BalasPadampersekitaran pun aduhai seronok je... duduk sesaja pun dah best tengok pemandangan laut tu
Baru nak tanya Kak Amie berapa harga sekepala hehehe... Oh sebelum pukul 5 tak boleh ada aktiviti Laut ya kak. Anak kami ni tak reti nak naik selagi tak gelap hehehe... Memang mewah nampak resort nya, patut la kalau musim ramai pelancong International boleh masuk mahal. Time diorang takde je la local dapat pergi.
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamkalau harga penuh memang kami tak mampulah nak datang ke sini.
Tukang Kebun,
BalasPadamkalau tak kerana terjejas sebab tak ada pelancong dari oversea, tak dapatlah kami harga diskaun tu. Keselamatan di sini sangat diutamakan, itu sebabnya semua kena berada di pulau pada waktu yang ditetapkan.
Best resort bersih dan bilik pun luas. Harga boleh tahan juga tu. Dapat diskaun memang berbaloi sangat.
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamAlhamdulillah dapat 50% potongan dari harga asal. Kalau harga penuh memang tal tahu sampao bila boleh datang sini hihihiii.