Pages

Selasa, 18 Ogos 2020

Basahkan Tekak dengan Sago Buah Naga di Indo Cafe

Hari ini agak lewat makan tengahari. Tiba-tiba datang pemantau.... dan kena mengadap di bilik mesyuarat! Cuaca sejuk dari pagi disebabkan hujan, tiba-tiba jadi panas. Eloklah jalan-jalan cari sesuatu yang boleh menyamankan anak tekak...hiks! 

Jom kita ke Fajar Centre, kita singgah di Indo Cafe! Kadang-kadang kami datang ke sini bersama anak-anak. Kadang-kadang bersama kawan-kawan, dan ada kalanya hanya berdua dengan Encik Suami.


Kalau ke Indo Cafe, memang suka sangatlah cari penyaman tekak yang sejuk-sejuk manis! Banyak juga pilihannya di sini, dan semua yang pernah Amie cuba memang sedap! Hari ini Amie cuba Sago Buah Naga pula.

Selain Sago Buah Naga, Sago Buah Mangga pun ada. Sedap tak? Sedap sangat! Gambar ini Amie jumpa dalam galeri HP sewaktu keluar makan bersama aak-anak sebelum ini.

Dan satu lagi, yang sangat Amie suka sudah tentulah Sago Durian! Ini memang paling sedap di antara yang sedap-sedap tu! Terlanjur cerita tentang menyejuk tekak, kita kongsilah sekali apa menu yang ada di kafe ini.

Ini menu kegemaran Encik Suami. Dia suka sangat makan yang basah-basah... kuey teow basahlah, mee basahlah, dan yang penting jenis yang berkuah. 

Kita order mee hoon sup tulang. Uniknya keluar tulang warna hitam pulak. Encik Suami kata, agaknya tulang tu dibakar dulu.... ahaks! Mungkin juga, sebab nampak macam tulang kaki lembu!

Encik Suami pernah order nasi dengan udang butter basah. Tapi katanya, hanya ada 6 ekor udang saja! Jadi, kami order lauk tambahan, tongkeng ayam goreng. Ada raja tongkeng ayam  dalam keluarga kecil kami. Tak lain tak bukan, Fuadlah orangnya!

Ini dia tongkeng ayam goreng berharga RM6.00.

Kalau Firdaus, memang suka sangatlah makan nasi dengan ayam goreng bubuh mayonis. Bukan makan nasi, tapi meratah lauknya saja.

Amie perhatikan, kalau ke mana-mana restoran, Fairuz suka sangat order nasi ayam penyet dan nasi ayam lalap, sama ada nasinya digoreng atau nasi putih! Kadang-kadang Amie tanya : Adik tak jemu ke asyik makan menu yang sama? Katanya: Saya suka.

Itulah....
Menu kegemaran masing-masing. Yang penting makanan yang dipesan memenuhi selera.


Terima kasih sudi baca. Nak cerita tentang penyaman tekak, tapi meleret sampai ke ayam penyet! Kah! Sekurang-kurangnya dapat juga kongsi apa yang ada di Lahad Datu. Walaupun bandar kecil, tapi adalah juga tempat makan yang boleh dikunjungi.

10 ulasan:

  1. Sedap2 semuanya
    terutama tongkeng ayam goreng tu

    BalasPadam
  2. Wah semua nampak sedap!!! antara semua tu, Cik TK suka ayam!!! Dengan tongkeng tu sekali!

    BalasPadam
  3. Tongkeng ..lama tak dengar ayat ni.

    Tongkeng Ayam, saya buang...lemak Banyak...

    Arwah mak dulu ajar Canna nak Siang.

    Citarasa semua..

    BalasPadam
  4. sedapnya dessert tu amie segar je kan :)

    BalasPadam
  5. Sedap2nya..mmg nyaman tekak..foods pun not bad..tongkeng ayam tu selalu gak beli kt pasar mlm..satu cucuk rm1..adalah 3-4 ketul..

    BalasPadam
  6. Jujur saya belum pernah round2 pekan LD, selalu limpas-limpas saja kak, boleh tahan menu2nya walaupun hanya berstatus pekan kecil.

    BalasPadam
  7. sedapnya semua dessert tu kak, lagi lah yang durian tu kan

    masakan kat situ nampak menyelerkan betul, patutla jadi pilihan akak dan family...
    bestnya kt sana ada tongkeng goreng gitu... best meratah, dana kalau nak garing gitu kene goreng sendiri.. kt sini jarang orang jual tongkeng goreng kak, kalau ada pun yang di bakar

    BalasPadam
  8. Semua nampak menyelerakan. Suka buah naga tu...

    BalasPadam
  9. Sedapnya desert2 tu...kena dgn cuaca panas ni,terbayang nyaman ja kt tekak

    BalasPadam
  10. Sedap tu sago buah naga. udang butter tu fav gak tu. Semua sedaplah!

    BalasPadam