Hari ini makan nasi dengan siput kima.
Tidak ada cengkerang siput kima di pasar melainkan isinya sahaja yang dijual. Tak dapat bayangkan bagaimana nak keluarkan isi siput gergasi ini kalau beli bulat-bulat dengan cengkerangnya sekali!
Dari cerita-cerita kawan-kawan keturunan Suluk dan Bajau, mereka biasa makan kima mentah yang segar dari laut, dihiris nipis dan diperahkan jus limau kasturi dan perasa. Makanan sebegini terkenal di daerah Pantai Timur Sabah. Jangan keliru di antara Bajau Pantai Timur Sabah dengan Bajau Pantai Barat Sabah. Budaya mereka sangat berbeza dari pelbagai segi termasuk pertuturan. Bajau Pantai Timur lebih kepada aktiviti kelautan, manakala Bajau Pantai Barat lebih kepada aktiviti penanaman padi di sawah serta mahir menunggang kuda!
Jadi, kalau nak rasa siput kima, jemputlah datang ke Pantai Timur Sabah!
Inilah Siput Kima Masak Pedas dengan Sos Tiram. Puas hati sangat sebab boleh ratah begitu saja! Ada bahagian yang lemak, dan ada bahagian yang agak liat. Yang berlemak itulah yang dicari! Yang berwarna gelap hitam itulah bahagian yang agak liat.
Gambar atas dan bawah diambil dari entri lepas. Gambar atas : Isi kima. Gambar bawah : Isi kima yang sudah dipotong-potong dan sedia untuk dimasak. Siput kima ini mempunyai bau atau aromanya yang tersendiri. Mungkin ada yang kurang menyenangi aromanya. Ada dua jenis kima yang dijual, iaitu isi kima segar dan satu ialah isi kima yang telah dikeringkan. Kima kering dijual digerai ikan kering.
Gambar atas dan bawah ini ialah hasil masakan lemak cili padi.
Gambar atas dan gambar di bawah ini Amie ambil sewaktu makan di restoran di Semporna. Balik ke dapur sendiri, Amie cuba masak cara sendiri pula. Amie pun tak tahu apa nama khas bagai masakan kima yang kami makan di restoran ini. Bila tanya pelayan restoran, mereka kata : Kima. Itu saja.
Bahan-bahan:
1/2 kg isi siput kima - bersihkan dan potong ikut citarasa
1 keping asam gelugor
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - buang urat belakang
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula melaka
1 cawan air4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji jili padi
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama serai hingga terbut aroma. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan asam gelugor dan gula melaka, sos tiram diikuti dengan kima.
3. Gaul rata dan tuangkan air. Gunakan api sederhana.
4. Setelah kima masak, dan kuah mula pekat, masukkan daun limau purut.
6. Akhir sekali perasakan denga garam / perasa pilihan.
7. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Sekian.
Cerita siput kima dari Negeri di Bawah Bayu.
Mcm mana rasa siput kima tu amie, kenyal2 liat ke
BalasPadamRosa, lembut berlemak, yang agak liat bahagian tepinya yang waena hitam tu.
PadamTak pernah rasa lagi siput kima ni. Tak boleh nak bayangkan rasanya
BalasPadamMesti sedapkan Amie. Agak2 ada sama x dgn siput tempat kita yg biasa tu
BalasPadamwah gemuk2 betui isi kima ni amie..mesti sedap kan!
BalasPadamGemuk isi dia..puasati dpt idi cmni k.amie..
BalasPadamSerius, tak pernah tengok siput kima ni. Tahu siput sedut yang biasa di makan tu je kak.
BalasPadam