Selamat berhujung minggu.
Pagi ini tak ada rancangan untuk jalan-jalan ke pasar.
Cuma Encik Suami dengan Firdaus akan ke kampung sebentar lagi. Ada gotong-royong kemas bilik 'wak' di kampung.
Jom sarapan menu kampung dulu.
Amie goreng cekodok pisang, dan juga sukun.
Selalunya di hari minggu kami akan ambil sarapan menu berat seperti nasi kuning, atau nasi lemak. Kalau tak masak sendiri, kami akan beli di luar. Lepas itu barulah gotong-royong kemaskan rumah, mencuci pakaian, bersihkan halaman dan sebagainya. Hari ini rasanya nak banyak berehat saja.
Kita tengah lenyek pisang, Firdaus tiba-tiba muncul di dapur. Merengek-rengek nak buat kerja kita. Haaa.... akhirnya Firdaus yang berpeluh-peluh lenyek pisang. Kita tambahkan tepung, gula merah, garam, dn serbuk penaik. Kali ini buat cekodok pisang tambah gula merah pula. Dah siap dia godek, kita goreng.
Encik Suami pula, tolong kemaskan dapur dan kemudian kupas buah sukun. Jadi, ada dua menu sarapan kami iaitu Cekodok Pisang Gula Merah dan Sukun Goreng. Encik Suami minta Fuad buatkan teh panas. Huurrmmm... kami semua selesai bersarapan, tapi bayang Fuad dengan teh panas tak kunjung muncul di dapur! Susah betul anak-anak bujang nak bangun pagi!
Beberapa minggu lepas, pagi-pagi lagi jiran sebelah hulurkan cekodok pisang panas. Sedap sangat! Tak sempat buat sarapan, jadi kami jadikannya sebagai sarapan pagi. Bukan cekodok pisang saja yang dihulur, tapi ada kuih lain. Tak tahu apa namanya, masih panas dan tidak kurang sedapnya dengan cekodok pisang. Kuih itu seperti dalam gambar di bawah ini. Isinya ubi kayu rebus yang dilenyek, ditambah kelapa parut dan juga gula merah!
Jadi, pagi ini kongsi sarapan pagi dengan jiran dari dapur Amie pula : Cekodok Pisang Gula Merah & Sukun Goreng. Moga ikatan hidup berjiran bertambah erat.
waaa lama tak makan sukun goreng
BalasPadamGoreng2an macam ni biasanya wak buat cemil2an petang.
BalasPadamKalau sarapan, makan berat
Sedapnyer cekodok gula merah kalu ade resepi bole kongsi ya tks
BalasPadamKak dah bantu selesaikan salah satu dilemma saya ni, lupa pula pisang boleh buat cekodok hehehe... Dalam dapur tengah tunggu pisang Sabah nak ranum ni.
BalasPadamwah sedapnya cekodok pisang......nak cari pisang nak cari pisang eh
BalasPadamterima kasih kak sudah berkongsi resepi yang sangat sedap ni.
BalasPadamSukun tu hiris nipis nipis memang sedap digoreng. Susah nak dapat sukun sekarang ni. Dah lama tak makan.
BalasPadam