Pages

Sabtu, 11 April 2020

Tips dan Resepi Kaki Ayam Masak Kicap yang Sangat Lembut Sehingga Terlerai Kulit Dari Tulang!

Assalamualaikum dan selamat petang.
Jom ratah kaki ayam masak kicap.
Kalau dah sekali makan tentu akan terus ingat sampai bila-bila. Dan paling bahaya sebab bila ratah kaki kayam masak kicap ini terasalah ini bahagian ayam yang paling sedap mengalahkan kepak, peha dan lain-lain bahagian kegemaran. Percaya tak? Kalau tak percaya, bolehlah cuba resepi yang Amie kongsikan ini.

resepi kaki ayam masak kicap
Kaki ayam masak kicap ini sangat lembut. Serius! Bukan sahaja bahagian luarnya yang lembut dan terlerai dari tulang, tetapi tulangnya pun boleh dimamah.... ahaks! Sebab tulangnya pun lembut juga. Mungkin sebab kaki ayam digoreng dalam tempoh yang lama sehingga benar-benar garing. Jadi tulang-tulangnya sekali ikut masak!

resepi kaki ayam masak kicap
Boleh terjah entri Amie yang lepas tentang kaki ayam masak kicap di sini: KAKI AYAM MASAK KICAP

resepi kaki ayam masak kicap
Di LD, kaki ayam masak kicap memang cukup terkenal dan dijadikan'lauk' mee goreng. Kalau dahulu 3 ketul berharga RM1, tetapi sekarang sudah naik harga RM2. Baiklah buat sendiri kalau nak ratah puas-puas. 
Kalau sebelum ini Amie masak kaki ayam dengan cara menumis bahan perencah terlebih dahulu tetapi kaki ini Amie terus rebus sekali harung dengan semua bahan. Hasilnya tetap sama. Sedap! Bezanya, dengan menumis perencah terlebih dahulu, aromanya lebih menyerlah! Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan:
1.5 kg kaki ayam - potong kuku - potong dua - bersihkan - cuci - toskan
4 kuntum cendawan kering shiitake - rendam hingga kembang - belah 4
3/4 cawan kicap lemak manis
2 batang serai - diketuk
3 cm halia - diketuk
7 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
minyak untuk menggoreng kaki ayam
garam / gula / perasa pilihan

resepi kaki ayam masak kicap
Ini dia kaki ayam yang hendak diolah menjadi masakan berkicap. Dalam entri sebelumnya Amie perap dahulu kaki ayam dengan cuka dan sebagainya sebelum digoreng. Kali ini Amie goreng begitu sahaja. Awas ya... sebaik sahaja masukkan kaki ayam ke dalam kuali, terus tutup kuali bagi menghalang letusan dan letupan kaki ayam yang sedang digoreng. Mesti tutup! Kalau tak tutup, nanti habis berminyak seluruh dapur dengan percikan minyak dari kuali. 
Setakat ini Amie belum dapat petua untuk mengelakkan kaki ayam dari meletup ketika digoreng. Memang tak berani buka penutup kuali sehingga gorengan tidak berbunyi. Kaki ayam ini memang kena goreng sampai garing. Caranya ialah dengan memastikan tiada lagi bunyi gorengan dalam kuali. Ketika ini memang kaki ayam sudah betul-betul garing dan bolehlah diangkat. Barangkali cara gorengan beginilah yang menyebabkan tulang ayam menjadi lembut, dan biasanya memang ada bau hangus-hangus bekas gorengan setelah kaki ayam ini siap diolah.

resepi kaki ayam masak kicap
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan kaki ayam. Tutup kuali dan biarkan ayam digoreng sehingga garing. Cara untuk mengetahui kaki ayam sudah cukup garing ialah apabila tiada lagi sebarang letupan dan bunyi gorengan hilang.

resepi kaki ayam masak kicap
 2. Angkat kaki ayam goreng dari kuali dan terus rendam dalam air sejuk selama 1 jam. 


resepi kaki ayam masak kicap

resepi kaki ayam masak kicap
 3. Pastikan air rendaman melebihi parasa kaki ayam.


resepi ayam masak kicap
Ini dia rupa kaki ayam goreng setelah 1 jam direndam. Kadang-kadang Amie rendam selama 2 jam atau lebih. Kulit kaki ayam akan menjadi kembang dan menggelembung sedikit.

resepi kaki ayam masak kicap
 4. Masukkan kaki ayam goreng bersama air rendaman ke dalam periuk.

resepi kaki ayam masak kicap
5. Kemudian masukkan serai, halia, dan cendawan shiitake. Tak masuk cendawan pun tak apa.Nak masukkan kentang pun boleh, tapi tunggu setelah kaki ayam hampir empuk, barulah masukkan kentang. Tak bubuh pun ok saja.

resepi kaki ayam masak kicap
 6. Masukkan lada putih tumbuk.


resepi kaki ayam masak kicap
7. Masukkan kicap lemak manis. Jika suka gunakan kicap pekat, bubuhlah dalam 2 -3 sudu besar.

resepi kaki ayam masak kicap
 8. Jerang di atas api besar sehingga mendidih.


resepi kaki ayam masak kicap
9. Setelah mendidih, kecilkan api. Kalau boleh gunakan api paling kecil. Renih sehingga kuah menjadi 1/3 dari sukatan asal. Kena ambil masa untuk merenih masakan ini. Amie ambil masa selama 90 minit. 

resepi kaki ayam masak kicap
10. Setelah kaki ayam empuk, bolehlah rasa. Kalau kurang perasa, bolehlah tambah bahan perasa seperti garam / gula/ perasa pilihan.

resepi kaki ayam masak kicap
 Kaki Ayam Masak Kicap dah siap!

resepi kaki ayam masak kicap
 Nampak sangat lembut bukan?

resepi kaki ayam masak kicap
 Jemput!
Cubalah. Kalau nak cara tumis dahulu perencah, klik resepinya di sini: KAKI AYAM MASAK KICAP

3 ulasan:

  1. Sadap sangat yang ini, klau pergi makan dim sum mesti minta kaki ayam begini...

    BalasPadam
  2. Waaa.... nampak menyelerakan laaa.... Saya pun suka kaki ayam, biasanya saya buat sup. Tak pernah pulak cuba resepi kaki ayam masak kicap lembab2 begini... telan air liur tengok gmbar2 kaki ayam masak kicap tu. hehehe... happy blogging!

    BalasPadam
  3. Nasa Mulia,
    hahaaa... memang leka makan kaki ayam begini.

    Semut Senyum,
    sedap ni... cubalah.

    BalasPadam