Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.
Negara kita dan seluruh dunia masih diselubungi dengan Covid-19 yang masih degil berlegar di muka bumi. Kelmarin, sudah mencecah angka 3,333 dengan kes baru sebanyak 217... Allahu Akbar! Yang sedang dalam rawatan berjumlah 2,453 manakala yang telah kembali pulih ialah sebanyak 827 orang. Khabar lebih duka, sebanyak 3 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kepada 53 orang setakat ini. Takziah buat semua keluarga mangsa. Bersabarlah dalam menempuh ujian getir ini. Mudah-mudahan Allah akan menganugerahkan keajaiban agar keadaan pulih semula seperti sediakala.
Bahan-bahan:
500 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan hirisan sotong
1 cawan isi udang
2 biji telur - pukul ringan
1 mangkuk taugeh
10 batang kucai - potong 3cm panjang
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis pedas
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit aroma.
2. Masukkan udang dan sotong. Masak sehingga udang bertukar warna.
3. Alihkan dengan sudip bahan tumisan ke tepi kuali, dan masukkan telur.
4. Kacau telur sekali-sekala hingga masak, dan tolek ke tepi kuali.
5. Masukkan kuey teow dan gaul bersama semua bahan dalam kuali.
6. Seterusnya masukkan sos cili, kicap manis pedas, taugeh, kuey teow, daun kucai dan bahan perasa seperti gula / garam / perasa pilihan.
7. Gaul rata dan kemudian padamkan api dapur.
Kuey Teow Goreng dah siap! Bolehlah hidangkan sementara masih panas dan jangan lupa nikmatinya bersama cili jeruk! Bismillah.
Dana belum lagi cuba buat masakan dengan kuew tiaw lagi PKP ni kak
BalasPadamDana,
BalasPadamada jew nak dimasak time PKP ni, dah 24 jam semua di rumah, sampai tak tahu nak masak apa lagi hihihii.
صيانة الاجهزة المنزلية في مصر
BalasPadamمواقع الصيانة
صيانة كريازي
Smarthost-it شركة تسويق وتصميم مواقع