Selamat berhujung minggu.
Hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan dan merupakan hari keempat puluh kita menjalani PKP. In shaa Allah, berkat doa dan kesabaran, mudah-mudahan akan muncul hari yang lebih baik untuk kita semua. Memang sukar menghadapi hari-hari PKP ini terutama untuk berurusan membeli-belah. Banyak masa dihabiskan dengan beratur menunggu giliran. Di jalan raya pula, pihak polis sentiasa memantau, meronda ke segenap ceruk untuk memastikan PKP sentiasa dipatuhi.
Setelah 40 hari menjalani PKP, baru Amie perasan muka Fairuz nampak bersih dan licin. Maklumlah sebelum PKP, berpanas di luar rumah dengan pelbagai aktiviti sekolah dan kokurikulum.
Kita cerita tentang menu hidangan berbuka puasa. Kami berbuka puasa dengan nasi sahaja, tanpa hidangan kuih-muih atau dessert. Cerita lama, sudah tentulah segala hidangan sampingan itu dibeli di bazar Ramadhan. Puasa kali ini kalau nak makan kuih kenalah buat sendiri. Cukuplah hidangan nasi berlaukkan Opor Nangka Muda dengan Perut Lembu, ikan goreng dan sambal mangga serta minuman laici campur longan.
Jom kita masak Opor Nangka Muda dengan Perut Lembu. Amie memang suka sangat masakan opor in terutama kuahnya yang lemak itu. Bila ditambah buah keras, jadi pekatlah kuahnya.
Bahan-bahan:
400 gram nangka muda - potong dadu - rebus hingga setengah masak - toskan airnya
400 gram perut lembu - potong ikut saiz digemari- rebus hingga empuk - jangan buang air rebusannya
500ml santan pekat
2 batang serai - diketuk
3 cm lengkuas muda - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan putih
Cara:
1. Masukkan semua bahan kisar, serai, serbuk kunyit dan lengkuas ke dalam periuk berisi daging tetel yang telah empuk.
2. Biarkan masak seketika dan kemudian masukkan nangka muda.
2. Tambahkan santan pekat.
4. Biarkan masakan mendidih dengan api panas sederhana sehingga nangka muda empuk.
5. Setelah kuah mula memekat masukkan garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur dan hidangkan.
Ratah begitu saja pun sodap!
Sedapnya.. maaf Amy kena letak cariblogger Dlm bloglist Dan buat satu post entry Dan letak banner di post tu ...
BalasPadam