Jom buat Sambal Belacan Siam.
Sambal ini tak berapa pedas, cukup rasa dan pastinya membangkitkan selera. Masalahnya, bila rasa sedap, selalulah nak kena buat sebab permintaan melampau dalam rumah.... ahaks!
Tak ada bahan dari Siam pun masih boleh buat. Gunakan belacan tempatan dan gua kabung tempatan. Tak ada gula kabung boleh gunakan gula melaka. Kalau nak pedas tambahkan cili padi, tapi setakat yang kami makan di negara gajah putih, sambal belacan mereka tidaklah begitu pedas. Rasanya pun sedang-sedang saja, cukup rasa orang kata tapi cukup menyelerakan!
11 biji cili padi
1 biji cili hijau - potong 3
1 biji cili merah - potong 3
5 biji bawang merah - kupas kulit
1 biji tomato - kupas kulit - cincang
2 sudu besar gula Siam / gula kabung
2 sudu besar belacan Siam
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk cili padi hingga hancur, diikuti dengan cili merah dan cili hijau.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk satu-persatu hingga lumat.
3. Seterusnya masukkan belacan dan gula kabung. Tumbuk lagi hingga sebati dengan bahan lain.
4. Masukkan tomato dan tumbuk perlahan-lahan hingga hancur.
5. Akhir sekali tuangkan jus limau kasturi, garam / perasa pilihan.
6. Gaul rata dan hidangkan.
Sambal Belacan Siam dah siap!
Kalau tak mahu tumbuk dalam lesung, bolehlah kisar.
Sambal Belacan Siam yang Amie buat ini cukup untuk bekalan dua kali makan bagi keluarga kecil seperti kami.
Makanlah dengan nasi putih, ikan goreng, telur dadar dan ulam-ulaman.
Aduhai kak mesti sedap tu kak, mau makan boleh bertambah
BalasPadamsambal belacan sedapnya tu..lawan pulak dengan ulam petai..memang ngam!
BalasPadamDana,
BalasPadammemang sedap... tu pasal selalu kena buat.
Cik Matahariku,
betul tu, hidangan kampung.
Okey SA nak cuba..nampak senang....hehehe
BalasPadam