Pages

Khamis, 9 April 2020

Kerabu Bunga Betik

Assalamualaikum dan selamat malam.
Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk bertemu lagi di alam maya. 
Alhamdulillah. Semakin bertambah yang sembuh Covid-19 mengalahkan jumlah positif Covid-19 pada hari ini. Namun, masih berlaku kes kematian, dan kini sudah mencecah angka 67 orang. Salam takziah buat keluarga mangsa.
Ura-ura PKP akan dilanjutkan masih dalam penantian. Apa pun keputusannya, kita perlu akur. Kerajaan bukan suka-suka mengarahkan itu ini, tetapi semuanya dilakukan demin menjamin kesejahteraan rakyat. Sebaiknya kita sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya agar wabak yang sedang diperangi ini akan terhapus sehingga ke akar umbinya.

resepi kerabu bunga betik
Amie kongsikan resepi Kerabu Bunga Betik. Jiran sebelah rumah yang berikan kami. Syukur, rezeki Allah. Keluarga Encik Suami suka olah bunga betik dijadikan sayur lodeh atau kerabu. Biasanya bunga betik akan dicampur dengan jantung pisang. Tak apalah. Kali ini tak ada jantung pisang. Kita buat saja kerabu bunga betik.

bunga betik
Sesetengah orang tidak sukakan rasanya yang agak pahit dan mencelurnya dengan menambahkan asam keping untuk kurangkan rasa pahit. Bagi Amie dan Encik Suami, biarlah ada rasa pahit sebab yang pahit itulah ubat! Rasa pahit asli itulah untuk sihat. Jom kita mulakan kerja mencelur bunga betik.

tangkai bunga betik
Setelah bunga betik dicelur, toskan airnya. Asingkan bunga dengan tangkainya yang keras. Kita ambil bunganya saja seperti di bawah ini. Amie tak timbang berat bunga betik sebelum dicelur tapi selepas diasingkan tangkai dengan bunga betik, berat bunga betik mencecah 500 gram.

bunga betik
Bahan-bahan:
500 gram bunga betik siap dicelur
2 cawan kelapa parut - sangai seketika - tumbuk jangan sampai hancur
2 ekor isi ikan kembung / kayu rebus - tumbuk halus
4 biji bawang merah - hiris
7 biji cili padi hijau - tumbuk - jika suka pedas, boleh tambah
4 biji cili padi merah - hiris
1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / gula perasa pilihan

Cara:
1. Dalam sebuah bekas, gaul kelapa, isi ikan rebus dan cili padi hijau. 
2. Masukkan bunga betuk, hirisan bawang merah dan hirisan cili padi merah.
3. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan dan tuangkan jus limau nipis.
4. Gaul ratas, dan sedia untuk dihidangkan.

resepi kerabu bunga betik
Kerabu Bunga Betik dah siap!

6 ulasan:

  1. Jarang2 makan bunga betik jantan ni
    tak tahan rasa pahitnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dh suap..pergghhh... mertua lalu blkg pn x nmpak

      Padam
  2. kak ana suka sangat makan ni amie, walaupun pahit tapi kalau mak kak ana buat memang kurang rasa pahitnya itu

    BalasPadam
  3. Warisan Perani,
    ye betul, ada yang tahan rasa pahitnya. Lebih pahit dari peria.

    Ana Jingga,
    pahit-pahit ubat heheeee.

    BalasPadam
  4. Rebus dengan asam keping, kurang pahitnya. Buat ubat...

    BalasPadam
  5. Rebus dgn daun jambu pn boleh kurg pahit.. cuba la

    BalasPadam