Pages

Isnin, 30 Mac 2020

Sarapan Roti Paratha dengan Kuah Dhal

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Tiap saat mengharapkan khabar positif, namun Allah terus menurunkan ujian buat hamba-Nya di muka bumi ini. Korban Covid-19 di negara kita tiba-tiba melonjak naik menjadi angka 35! Innalillahiwainnailaihirajiuunnn!
Semoga kita tidak berpuus harap, mendoakan segala usaha yang dilakukan oleh barisan hadapan akan membuahkan hasil yang positif. Allah menurunkan ujian untukmenguji tahap keimanan hamba-hamba-Nya. Allahu Akbar.

Minggu ini sudah dua kali masak kuah dhal. Pertamanya, kuah dhal dimakan bersama roti canai homemade. Kali kedua, kuah dhal dicecah bersama roti paratha ready made. Untuk resepinya, boleh klik di sini: ROTI PARATHA DENGAN KARI PARPU / DAL.

Bila kita sediakan sendiri kuah dhal, bolehlah tuang ke atas roti paratha sampai banjir!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan