Kali pertama makan karipap pusing rangup di rumah Kak Yong sewaktu memang menghadiri kelas biskut raya pada hari Ahad lepas, memang tak sabar nak makan lagi untuk kali kedua. Apa yang begitu mengujakan, bukan sahaja rasa karipap yang sedap tetapi kerangupan kulit luar karipap pusing hasil air tangan Kak Yong itulah yang tak dapat dilupakan!
Alhamdulillah, Kak Yong memang mempunyai stok pelbagai karipap pusing aneka inti termasuk kentang, ayam, daging dan sardin. Jadi, selepas tamat kelas biskut raya, masing-masing memborong karipap untuk dibawa pulang!
Amie memilih karipap pusing inti sardin. Setelah dinyahbeku, Amie goreng dan nampaknya Fairuz tidak sabar-sabar untuk makan! Nampaknya selepas ini memang kena beli lagi karipap pusing inti lain, sebab nak rasa semuanya....ahaks!
Jom minum petang sama!
Pada mulanya, Amie tidak makan karipap pusing yang disediakan Kak Yong sebagai minuman pagi sebab perut sudah kekenyangan menjamah makanan yang lain. Menjelang petang, masih ada lagi baki karipap tersebut dan Amie makan sebiji. Mmmmm.... intinya sedap dan kulitnya pula masih rangup walaupun disediakan dari pagi! Tak rugi beli karipap pusing Kak Yong's Cookies tau!
Ketika menulis entri ini, Firdaus telefon Amie. Dia dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama Encik Suami. Mungkin Encik Suami beritahu, Amie akan goreng karipap pusing sardin, jadi dia pun teruja ingin tahu!
firdaus macam si aiyan makan karipap semua bahagian, lepas tu mulut dok la puji sedap-sedap...
BalasPadammemang nampak mengiurkan karipapnya kak, inti pulak penuh padat, dia punya pusingan tu banyak layer betul,dana sampai sekarang tak reti buat karipap pusing tau heheh tapi makan reti
Pm sy nk order. 0182674948 nora. Katipap pusin sadin. Dan kentang.
BalasPadam