Pages

Isnin, 20 Januari 2020

Nasi Lemak Beras Kampung & Sambal Kerang

Bertemu lagi di dapur kecil Amie.
Setelah beberapa hari dapur tidak berasap, kali ini Amie kongsikan hidangan sarapan pagi yang susah hendak ditolak ke tepi...hiks! Maklumlah, minggu ini dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga. Farid dan Fuad sama-sama terbang pulang ke LD. Bukan main seronok Firdaus bila dapat bersama dengan kesemuanya abangnya!
Wokey! Kita sambung cerita tentang masakan pula.
Anak-anak kata rindu dengan air tangan Mommy. Jadi, hidangan pertama Amie sajikan untuk mereka setelah berada di rumah, ialah nasi lemak!
Amie gunakan beras kampung untuk masak nasi lemak. Lauknya pula seperti biasa, ada telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah goreng, hirisan mentimun dan juga sambal. Amie masak sambal kerang.



 Inilah rupa beras kampung yang Amie gunakan untuk masak nasi lemak. 

Nasi lemak beras kampung ini lambat basi!
Biasanya kalau tak mahu nasi lemak cepat basi, Amie masak cara kukus, tetapi dengan menggunakan beras kampung ini, walaupun masak dalam rice cooker, tetapi tidak basi walaupun sehari semalam lebihannya masih di dalam rice cooker! Nasinya pula nampak cantik!
Memasak beras kampung memang agak berbeza dengan beras biasa. Beras kampung 'kurang makan air', jadi sukatan yang Amie gunakan 1 cawan beras bersamaan dengan 1 cawan air, tetapi Amie tambahkan lagi 1/2 cawan air. Orang kata beras kampung banyak kanji, dan sememangnya benar sebab setelah masak, nasinya agak melekit seperti dicampur dengan beras pulut pula.


Bahan-bahan:
4 cawan beras kampung - cuci bersih dan toskan airnya
1 cawan santan pekat
3  1/2 cawan santan cair
1/2 sudu kecil halba
3 cm halia - hiris
3 biji bawang putih - hiris
sehelai daun pandan (disiat-siat dan disimpul)
1 sudu kecil garam

Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi (rice cooker) bersama semua bahan lain.
2. Tekan butang 'on' dan biarkan sehingga masak seperti memasak nasi biasa.

 Gandingan mantap nasi lemak sudah tentulah ada telur rebus dan hirisan mentimun.

 Jangan lupa ikan bilis dan kacang tanah goreng.
Dan sudah semestinya ada sambal yang memberi pengaruh besar terhadap keenakan nasi lemak...ahaks!

Bahan-bahan:
2 kg kerang - rebus hingga masak - pisahkan isi dengan kulit
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 helai daun pandan - siat dan simpul
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula melakagaram / perasa pilihan

Bahan kisar:
30 biji cili kering
1 sudu besar belacan
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
3 labu bawang besar

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng daun pandan hingga terbit bau.
2. Masukkan bahan kisar serta gula melaka dan tumis hingga terbit minyak.  Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa dan biarkan mendidih sehingga terbit minyak lagi.
3. Masukkan isi kerang dan biarkan masak sehingga terbit minyak sekali lagi.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Keluarkan daun pandan apabila hendak menghidangkan sambal.

Jemput!

5 ulasan:

  1. sedapnye amie..esp sambal kerang tu mmg nyumm!

    BalasPadam
  2. mesti sedap kan texture nasi lemak tu kak, dana tak pernah jumpa beras kampung macamne lah rasanya...

    sedap nengok nasi lemak sambal kerang akak tu

    BalasPadam
  3. Inahar,
    jemput...memang sedap sambal kerang tu, bubuh banyak bawang, terasa manisnya.

    Ujie,
    jemput ye

    Dana,
    beras kampung memang sedap, tanam di bukit atau padi huma. Sekali-sekala jew masak sebab kandungan kanjinya sangat tinggi. Baunya harum!

    BalasPadam
  4. Tergoda, terpesona..eh..semuanya la...u just name it..sedapnya sambal kerang tu....

    BalasPadam