Pages

Jumaat, 13 Disember 2019

First Time Makan Kerabu Kaki Ayam di Rantau Panjang

Ketika meninggalkan Pasar Siti Khadijah, langit masih mendung. Hujan terus rintik-rintik membasahi bumi. Setelah mengambil seorang lagi kawan untuk meneruskan perjalanan kami, Dik Za Fauzan berhenti di stesen minyak untuk menunaikan solat Asar. Amie dan Kam sudah menyempurnakan solat jamak di rumah Dik Za Fauzan di Bachok. Perjalanan diteruskan hingga ke Rantau Panjang. Dik Za Fauzan berhentikan kereta di hadapan sebuah warung makan. Perut yang rasa kenyang oleh nasi kerabu dan laksa, tiba-tiba mula berkeroncong. Barangkali disebabkan suhu yang sejuk dan banyak tenaga telah digunakan mengelilingi Pasar Siti Khadijah.
Tambahan pula, hujan seakan-akan tidak mahu berhenti, halus-halus titisan airnya menimpa kami!

Masing-masing memesan hidangan panas berasaskan sup. Tak tahulah apa yang mereka pesan...hiks! 
Sementara menunggu tukang masak menyiapkan pesanan, Dik Za Fauzan mengambil menu tambahan iaitu kerabu kaki ayam. Inilah kali pertama Amie makan kerabu kaki ayam. Cukup rasanya, masin manis, masam diolah dengan rasa yang sempurna! Ditambah pula dengan hirisan mangga muda, tomato dan daun ketumbar serta cili!

Amie tambah menu siput masak lemak. Ada daun kaduk. Siput apakah ini? Bukan siput sedut biasa. Amie tanya Dik Za Fauzan, inikah siput gondang? Siput yang duduk di sawah bendang tu? Kata Dik Za Fauzan, bukan. Saya pun tak tahu siput apa, katanya....ahaks! Dalam asyik menyedut siput ini, termakan juga anak-anak siput yang halus di dalamnya!

 Hidangan mee hoon sup perut yang Amie pesan pun tiba.
Wah! Selain sayur dan hirisan perut, ditambah pula dengan kacang tumbuk!
Bila melihat kacang tumbuk begini, nampak benar sudah menghampiri Siam ehhhh!

 Dalam cuaca sejuk begini, memang sedap sangatlah menghirup kuah panas!
Bismillah!

Dipendekkan cerita, disebabkan hujan tak dapatlah nak kongsi gambar. Nak ambil gambar pun satu hal juga sebab tangan penuh menjinjing beg berisi keropok, kain-kain dan juga serunding. Beg galas pula sudah membebani pundak dengan kelengkapan keperluan diri sepanjang tempoh kembara. Ketika ini, suasana malam sudah menjelma namun hujan masih juga rintik-rintik.
Kami melalui 2 sempadan untuk urusan imigresen iaitu sempadan keluar dari Malaysia dan sempadan masuk ke Thailand.

Seperti cerita-cerita yang pernah kita dengar, untuk memudahkan kerja bayar sahaja RM2 kepada petugas di imigresen untuk mengisi borang imigresen. Amie sangka sudah waktu malam, tak banyaklah orang nak ke Thailand seperti waktu pagi, rupanya kami perlu beratur panjang untuk pemeriksaan!
Sewaktu proses tumb print di kaunter, sempatlah petugas imigresen tu usik Amie. Katanya, tahun ini scan jari tangan, tahun depan kena scan jari kaki pulak! 
Memang boleh tahan jugalah jauhnya kami berjalan kaki dari sempadan Malaysia ke sempadan Thailand untuk urusan imigresen ini. 
Sebaik sahaja keluar dari bangunan imigresen, tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya!
Sawadikap!
Thailand sambut kami dengan hujan lebat!
Habislah basah kuyup segala pakaian dan beg kami!

Dalam kesejukan begini, terbayanglah hidangan sup panas dan juga kerabu kaki ayam di warung makan Rantau Panjang!

Perjalanan baru bermula ye!
Kerabu kaki ayam pun banyak sedang menunggu di Hatyai.... ahaks!

5 ulasan:

  1. Waduh... Waduh... Sampai ke Thailand kak amie kembara ye. Bestnya!

    BalasPadam
  2. wahhh sedapnya menu sup tuh kak, dana ingatkan mee celup, selalu mee celup ada di bagi kacang tumbuk...

    siput tu tak pernah makan tapi kawan- kawan dari kelantan mmg ada kata kat sana ada siput sawah ke siput sungai yang lain dari siput sedut mmg selalu org sana masak...

    sampai ke siam dah kak, mmg jelajah jalam-jalan betul ni kak

    BalasPadam
  3. Kerabu kaki ayam perghhhhh sedapnya. Bagus makan kaki ayam banyak kolegen. Awet muda ahaks

    BalasPadam
  4. Puan Hazel,
    heheeee... jalan-jalan cari penat.

    Norhidana,
    ooo mee celup ye... saya minta mee hoon sup perut, itu yang dihidang.
    Langkah sikit2 jew ke Thailand..hihihiii.

    Notie,
    betul tu... sedap, murah dan berkhasiat.

    BalasPadam
  5. Sedapnya kerabu kaki ayam....lama x makan...selalu layan sup kaki ayam je

    BalasPadam