Berkali-kali Firdaus ucapkan terima kasih kerana Amie buatkan popia untuk minum petang pada hari minggu lepas. Suka sangat dia makan! Nampak betullah ibunya ini jarang sangat buat minuman petang. Bukan apa. Encik Suami mesti beli kuih-muih seperti karipap, kaswi, murtabak, cakoi dan entah apa lagi. Boleh dikatakan setiap petang, adalah dua atau tiga jenis kuih dibeli dari gerai di jalan masuk taman perumahan kami.
Firdaus bukan main seronok bila nampak kita duduk di dapur gulung-gulung kulit popia! Dan sebelum popia siap bubuh inti untuk digoreng, beberapa sudu jugalah inti popia masuk dahulu ke mulutnya....hiks!
Amie gunakan kulit popia saiz paling kecil. Jenuh jugalah waktu nak gulung popia, nak bubuh intinya juga. Tapi waktu makan, sedap jew masuk mulut!
Ada tiga tin corned beef Amie beli sewaktu bercuti ke Brunei tempohari. Corned beef yang Amie gunakan ini memang produk Brunei. Salah satunya seperti gambar di bawah ini, seberat 300 gram dengan harga 3.99BND. Kalau mata wang kita lebih kurang RM12. Ada juga Amie ternampak corned beef yang sama dari Brunei di pasaraya Kota Kinabalu, tapi harganya mececah RM20.99 sen!
Amie gunakan satu tin untuk dijadikan inti popia, dengan tambahan lobak merah dan jagung. Sebenarnya nak tambah sengkuang, tapi tak ada simpananlah pulak!
Bahan-bahan:
50 keping kulit popia saiz kecil
sebiji telur
minyak
Bahan inti:
300 gram corned beef
1 cawan jagung tin - toskan airnya
1 cawan hirisan lobak merah
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar minyak
Maggi Cukup Rasa secukupnya
Cara:
1. Panaskan minyak dan bawang besar serta bawang putih cincang hingga wangi.
2. Masukkan corned beef. Gaul sebati.
3. Masukkan lobak merah, dan jagung.
4. Perasakan dengan Maggi Cukup Rasa. Gaul rata.
5. Angkat bahan tumis dan masukkan ke dalam mangkuk penapis.
6. Biarkan seketika supaya kuahnya kering.
7. Letakkan inti secukupnya di atas kulit popia. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan putih telur di bahagian hujungnya.
8. Goreng hingga berwarna keemasan.
9. Angkat dan toskan minyaknya.
10. Hidangkan bersama sos cili Thai atau sos pilihan anda.
Popia ini enak dimakan begitu saja. Pada mulanya Amie nak hidangkan sekali dengan sos cili dan mayonis, tapi bila melihat macam sedap jew Fairuz dan Firdaus makan tanpa pencecah, Amie pun ikut makan sama.
Sedapkan dik?
anak- anak ni bila kita masak dia ucap terima kasih, dia kata sedap bahagia betul rasa kan kak... rasa macam nk masak hari2 je... bila mereka suka sangat...
BalasPadamdana pernah nampak corned beef tapi tak pernah beli, tak tau macamne nk masak... tapi rupanya isi dia macamtu ye. nampak menyelerakan betul bila dah siap popia tuh...
mesti cukup sedap tu sampai tak perlu pencicah.
BalasPadam