Assalamualaikum.
Jumpa lagi.
Lama juga rasanya tidak masuk ke dapur maya ini.
Banyak cerita sudah tertinggal.
Teringat cerita 28 Julai 2019 lalu, seharian menimba ilmu dengan sifu Kak Yong's Cookies. Kelas Aneka Brownies Premium yang kami ikuti sungguh berbaloi-baloi. Seronok rasanya dapat tambah ilmu walaupun pernah buat sendiri di rumah, tetapi berbeza apabila kita berguru. Antara aneka brownies yang dikongsi dalam kelas tersebut termasuklah:
1. Bavarian Chocolate Brownies2. Butterscoth Brownies
3. German Chocolate Brownies
4. Struresel Brownies
5. Congobar
6. Mini Nutella Cup
Seperti biasa Kak Yong menyediakan sarapan pagi untuk kami. Semuanya sedap-sedap belaka, dan pelbagai jenis pula.
Karipap pusing ini sedap!
Tambah sedap dengan adanya sekuntum mawar merah di sisinya!
Kek istimewa yang Kak Yong sering hidangkan ialah Kek Pandan Cheese! Meleleh..... ahaks!
Jom!
Sedia masuk kelas.
German Chocolate Brownies.
Proses melengkapkan Butterscoth Brownies dengan pelbagai aksesori yang lazat!
Barisan Butterscoth Brownies yang dikeluarkan dari peti sejuk.
Belajar buat Struresel Brownies pula!
Hirisan epal hijau ini menjadikan Sturesel Brownies sungguh enak!
Harum jew aromanya ketika baru dikeluarkan dari oven!
Berhenti rehat seketika untuk menikmati makan tengahari. Lauk-pauk yang dihidangkan pun pelbagai termasuklah masakan terung resepi dari Filipina. Tak ingat nama resepinya....!
Ikan masak taucu.
Sayur brokoli.
Kari ayam, dan juga sambal sotong dengan petai.
Congo Bar yang mewah dengan pelbagai aksesori!
Bavarian Chocolate Brownies.
Mini Nutella Cup.
Semuanya sedap belaka, tak ada yang tak sedap!
Encik Suami pun kata sedap!
Seronok berguru dengan Kak Yong!
Seronokkan bila kita dapat ilmu ,lagi lagi ilmu memasak.
BalasPadambestnya tgk semua brownies tu kak.... lps tu makanan yg disediakan pun menyelerakan semua...
BalasPadamkalau la dpt mkn pns2 brownies tu sedapnya
Madam And the kids,
BalasPadambetul tu, selagi ada keinginan ikut kelas, boleh tambah ilmu.
Norhidana,
semuanya sedap, suami pun suka, anak-anak apa lagi... bersih disapu!