Pages

Isnin, 13 Mei 2019

Resepi Berbuka Puasa : Udang Galah Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum.
Diam tak diam, hari ini sudah masuk hari ke lapan umat Islam menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. In shaa Allah, dengan izin dan rahmat serta kasih sayang-Nya, mudah-mudahan kita akan berjaya mengharungi bulan penuh keberkatan ini hingga ke penghujungnya.
Hari ini Amie kongsikan resepi yang sangat ringkas, mudah diolah tetapi hasilnya setaraf dengan rasa masakan hotel berbintang-bintang...hiks! Kalau tak percaya, boleh cuba ye resepi orang Negeri Sembilan ini.
Encik Suami minta Amie masak lemak udang galah. Jadi Amie fikir eloklah masak lemak cili padi, dan bubuh kacang panjang. Amie masak cara orang nogori masak. Bubuh cili  padi segonggam! Cili padi kampung yo! Haa... baru tahu tinggi rendahnya langit! Apa pun, janganlah risau rasa pedasnya, sebab bila cili padi sudah sebati dengan santan kelapa, timbullah rasa lemak manis semulajadinya. Bukan sebab bubuh gula tau. Amie tak bubuh sebutir gula pun dalam masakan ini. Yang Amie suka sangat masakan ini, sebab tak payah guna bawang, baik bawang putih atau bawang merah!
Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
500 gram udang galah - bersihkan - cuci - tos
5 batang kacang panjang - potong ikut panjang yang disukai
2 helai daun kunyit - hiris halus
1 keping asam gelugor
2 batang serai - diketuk
1/2 biji kelapa - kisar dengan 600 ml air
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
25 biji cili padi kampung
2 inci kunyit hidup

Cara memasak:
1. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai dan udang ke dalam periuk.
2. Masak di atas api sederhana sehingga kulit udang galah bertujar warna.
3. Seterusnya masukkan asam gelugor,  kacang panjang, daun kunyit dan garam / perasa pilihan.
4. Kacau sehingga kuah mendidih, dan setelah udang masak serta kacang panjang berubah warna, padamkan api dapur.

Untuk mendapatkan warna kuah yang cantik semulajadi seperti dalam gambar (perasan kuah cantik kihkihkihhh!), gunakan kunyit hidup dan cili padi warna hijau. Amie pun tercampr juga cili padi warna merah sebiji dua...ahaks! Tak kisahlah warna apa pun, yang penting sodap!

Dan satu lagi nak pesan, cili padi dengan kunyit tu tumbuklah dalam lesung ye. Tapi kalau tak larat nak angkat anak lesung, kisar pun boleh. Santannya pula, kalau boleh gunakan santan dari kelapa segar, barulah ada rasa lemak-lemak manis yang orang dulu-dulu selalu nyanyi tu : Pok amai-amai, santan kelapa muda..eh! Kelapa muda yo, bukan kelapa lemak manis rupanya!

7 ulasan:

  1. kalau ditengok macam enak betul, tak tau rase asliny


    salam
    https://www.fakhrezy.com/

    BalasPadam
  2. Muhammad,
    bagi yang suka, tentulah sedap dan menepati selera.

    BalasPadam
  3. pin.. pin.. pin.. dating bawak mangku tingkat ni.. oooo kak Amie, aduhaaiii terliur kita dibuatnya.. nyum nyum..

    BalasPadam
  4. duhai, mcm memanggil2 udang galah tu kak oi...

    BalasPadam
  5. Halamanku,
    jemput...jemput!

    Norhidana,
    mari...jemput makan sama!

    BalasPadam
  6. Mamapp,
    alhamdulillah... terima kasih.

    BalasPadam