Pernah makan siput laut?
Banyak jenis siput laut yang boleh dimakan.
Kalau di LD, biasanya kami akan temui siput laut seperti kahanga, tuntul dan juga sikad-sikad dan pelbagai jenis lagi.
Kadang-kadang Encik Suami bawa pulang isi siput (biasanya pemberian kawan). Seronoklah masak isi siput sebab sudah bersih tanpa cengkerangnya keras itu. Sesekali kami akan makan 'seafood' dan memesan kahanga, sejenis siput juga tetapi bersaiz agak besar.
Pagi tadi, sempat rembat siput sikad-sikad di pasar tani. Tidak susah untuk memasaknya! Anda boleh rebus atau kukus sahaja, dan kemudian sediakan pencicahnya. Jangan lupa sediakan lidi untuk menarik keluar isi siput sikad-sikad!
Siput sikad-sikad yang baru masuk dapur!
Cuci bersih siput sikad-sikad, dan kemudian rebus sama ada menggunakan air biasa atau air kelapa muda. Walllaaaaaa... kalau gunakan air kelapa muda, memang tersangatlah sedapnya! Amie rebus dengan air biasa sahaja, tanpa garam. Kalau rajin, boleh kukus. Sementara menunggu siput sikad-sikad masak, mari kita siapkan pencicahnya.
Ikut suka masing-masing nak sediakan pencicah yang digemari. Seperti biasa, Amie tumbuk cili padi bersama bawang putih, bubuh garam/ gula / perasa pilihan dan perahkan jus limau kasturi.
Pencicah sudah siap. Siput sikad-sikad pun sudah ditoskan. Mari kita makan,
Kalau 'tangan' siput sikad-sikad sudah terjulur keluar seperti di atas, tarik saja dengan tangan bagi keluar semua isinya. Kalau isi siput sikad-sikad masih bersembunyi, gunakanlah lidi untuk menariknya keluar. Terus cicah lada dan masuk dalam mulut....hiks! 'Tangan' siput yang kerans itu jangan ditelan tau!
Pertamakali jumpa siput ni dlm blog ni. Tengok bahan cicah je dah boleh rasa sedap dia macamana hehe
BalasPadampestime dengar ni kak amie..cengkerang dia tu buat hiasan cantik lah..
BalasPadamsalam, nanti ambik gambar isinya. bagaimana describe rasa isi?
BalasPadamkulit kerangnya boleh dibuat biji congkak...
Maqnie,
BalasPadamselalu makan di luar, tak pernah masak sendiri, kali ini try buat di dapur heheee.
Zila,
betul tu, cengkerangnya memang cantik.
Nor,
hehehee...tak ambil gambar isinya sebab tak sabar nak ngap hahaaaa, isinya agak liat sedikit berbanding isi siput sedut.