Bertemu lagi, sembang-sembang di dapur maya.
Walaupun DSLR Nikon tidak dapat dikesan, hilang tanpa jejak bersama kad memorinya sekali, namun sempat Amie pindahkan gambar-gambar ke dalam folder. Pedih rasa hati sebenarnya masih bertakung di jiwa walaupun sudah dapat pengganti baru. Jom kita lihat gambar kenangan sewaktu kami bercuti bersama keluarga di Kundasang Disember 2018.
Firdaus asyik sebut nak tengok lembu!
Akhirnya kami pun putuskan untuk singgah seketika di Desa Dairy Farm walaupun sudah dapat membayangkan betapa sesaknya lalu lintas di sana.
Ketika itu jam menunjukkan angka 10 pagi. Awan kelihatan putih cerah, dan langit membiru. Bila keluar dari kereta, terasa bahangnya panas matahari walaupun berada di kaki gunung! Tempat letak kereta telah penuh dan kami terpaksa mencari tempat letak kereta di bahagian luar.
Kelihatan para pengunjung bertali arus, tidak putus-putus keluar masuk ke sini.
Syukurlah bawa topi! Memang terasa terik matahari menyengat wajah!
Gunung Kinabalu yang sudah kehilangan tanduknya tetap megah berdiri di belakang sanun!
Waktu itu, baru sahaja selesai sambutan Krismas, jadi masih ada lagi hiasan pokok krismas di situ.
Nak duduk-duduk di bangku pun tak boleh. Semua sudah penuh, jadi berdiri dan berjalan sahajalah dan kalau ingin berteduh masuklah ke dalam bangunan sebelum melangkah kaki ke kandang lembu dan kambing.
Jom ke kandang lembu dan kambing.
Temankan Firdaus susukan lembu. Kalau tak silap harga susu untuk lembu dalam botol tu RM1.50 sen.
Fairuz pun nak susukan lembu juga.
Firdaus nak bagi makan kambing pulak.
Lepas bagi minum susu untuk lembu dan rumput untuk kambing, Firdaus pulak makan aiskrim yogurt! Panas terik membuatkan kami tidak dapat berada lama di sini.
Jom kita gerak keluar.
Kereta memenuhi ruang letak kereta.
Di sepanjang jalan masuk, kereta bersusun menunggu giliran untuk masuk.
Ini sahajalah ceritanya, sekadar melihat lembu dan kambing dan makan aiskrim!
Perghhh ramainya orang. Ni mungkin sebab cuti sekolah jadi orang berpusu2 datang menjenguk.
BalasPadamsesak jgk ya mcm org2 ke CH, cantik betul pemandangan sini...
BalasPadamsebab cuti kot ye kak...