Sesekali makan nasi putih panas bubuh kuah sup ikan.... perrrgghhhh!
Ingatkan sup ikan tak laku, tapi kelmarin membuktikan sup ikan memang diterima baik...hiks!
Barangkali Amie bubuh rempah sup!
He he heee.... sebenarnya Amie gunakan rempah sup Baba's untuk masakan sup ayam! Tak sangka pula, bila Amie gunakan untuk masak sup ikan, sedaplah pulak rasanya! Oleh sebab rasa sedap itulah, makan pada tengahari ini nak masak sup ikan susu pula menggunakan resepi yang sama!
1 ekor ikan nyok-nyok seberat 600 gram - bersihkan - potong 4
1 sudu besar rempah sup Baba's
800 liter air
1 batang leek - potong sepanjang 3 cm
10 biji tomato ceri - belah 2
1/2 batang lobak merah - potong bulat
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris hingga terbit bau.
2. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis hingga terbit bau dan bawang berwarna kekuningan.
3. Perlahankan api dapur. Masukkan serbuk rempah. Kacau beberapa kali dan kemudian tuangkan air.
4. Besarkan api. Biarkan kuah mendidih, kemudian barulah masukkan ikandan lobak merah. Masak lebih kurang 4-5 minit sahaja sebab isi ikan nyok-nyok lembut.
5. Masukkan leek dan tomato ceri.
6.Perasakan dengan garam / gula /perasa pilihan secukupnya.
7. Kacau sekali dua, dn padamkan api dapur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan