Pages

Jumaat, 4 Januari 2019

Jalan-Jalan Cari Makanan Tradisional Kadazan-Dusun di D'Place Kota Kinabalu.

Hai,
selamat petang dan bertemu kembali.
Kali ini Amie tidak kongsi hasil masakan tapi hanya kongsi jalan-jalan cari makan sahaja. Banyak juga gambar-gambar tahun lepas terutama di bulan Disember yang tidak sempat Amie paparkan. Sementara ada kesempatan dan 'ingatan' eloklah Amie kongsikan di sini.
Selepas Fairuz tamat menduduki peperiksaan SPM 2018, kami sempat ke Kota Kinabalu dan menginap selama 2 malam di sana. Kemudian Balik ke LD, dan keesokan harinya berangkat ke Tawau untuk mengikuti mesyuarat selama 4 hari. Dua hari berada di Lahad Datu, Amie terbang pula ke Kuala Lumpur, ikut kembara ke China dan seterusnya pulang semula ikut jalan udara sehingga ke Tawau pada 21 Disember 2018. Abang Farid ikut 'mengekor' dari KLIA2. Katanya, lama sangat tak balik LD. Tak lama pun Abang Farid bercuti, 02 Januari 2018 baliklah dia ke Perak, terbang melalui jalan udara dari Lahad Datu _ Kota Kinabalu - Kuala Lumpur. Sempat jugalah bawa Abang Farid jalan-jalan sekali lagi ke Kota Kinabalu dan mengina selama 3 malam di sana.
Di kesempatan keemasan tika bersama anak-anak di Kota Kinabalu, sempatlah kami bawa mereka mengenali dan mencuba makanan tradisional masyarakat Kadazan - Dusun di D'Place Kota Kinabalu.
Restoran ini terletak di 2.01&2.02, 2nd Floor, Plaza Shell,, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Inilah antara masakan / makanan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun yang kami cuba. Di sebelah kanan sekali yang panjang itu ialah Miagal di Gulu-Gulu, set nasi yang dihidangkan di dalam buluh. Di sebelah kiri atas ialah Traditional Kadazan Dusun Set, manakala yang di kiri bahagian bawah ialah Ambuyat.

Petang Sabtu 28 Disember 2018, kami singgah di D'Place buat kali kedua setelah mengunjunginya pada awal Disember 2018. Kali ini kami memesan hidangan yang berbeza dari sebelumnya. 

Budak kecil Firdaus ini memang seronok sangat bila berada di sini. Ada saja benda yang nak diusiknya! Tapi bila sampai hidangan yang dipesannya, diam-diamlah dia duduk sambil makan dan minum hingga kekenyangan!

Wah!
Banyaknya lauk-pauk dalam satu talam!
Inilah set lauk-pauk untuk dimakan bersama ambuyat!
Ada ayam masak sambal, ada basungan guring dan basung masak ampap juga. Selain itu ada rebung masak lemak, sayur celur seperti kacang bendi, kubis dan lobak merah.

Ada acar timun dengan lobak merah, ikan masin tuhau, sambal tuhau, jeruk bambangan dan hinava! Banyaknya lauk! Macam hidangan masakan Padang pula!

 Datang pula satu mangkuk sup yang sedap! 


Barangkali inilah Sup Pinasakan Basungan.

Kami sempat melihat pekerja D'Place menyediakan ambuyat, sejenis makanan yang dihasilkan daripada sagu rumbia. 

 Ambuyat inilah nanti yang akan dimakan bersama lauk-pauk dalam dulang tadi.







 Jeruk bambangan.

Tidak ketinggalan jeruk tuhau, dan juga

hinava.

 Mari belajar makan ambuyat. Kita belajar gunakan candas (penyepit).
Bismillahirrahmanirrahim.

 Inilah hidangan lengkap Ambuyat (Sago) / Nantung yang disediakan di D'Place.


Encik Suami pandai gunakan penyepit (candas) tapi Amie terkial-kial, cuba beberapa kali, akhirnya menyerah kalah. Lebih baik gunakan sudu.....ahaks!




 Anak-anak memesan makan lain. Farid lebih menggemari chicken Chop.

 Fairuz pula sukakan nasi goreng.




 Inilah pizza serunding ayam yang ditunggu-tunggu Firdaus!

 Sukanya dia!

Dua minggu sebelumnya, sewaktu kami datang ke sini. Amie mencuba set nasi linopot yang bermaksud nasi bungkus (nasi yang dibungkus dengan daun). Biasanya daun yang digunakan untuk membungkus nasi terdiri daripada daun tarap, daun tangag, daun tarabak dan sebagainya. Nasi yang dibungkus biasanya dari berasa huma dan berwarna ungu.

Memang sungguh meriah hidangan di atas meja. Waktu itu hanya Amie dengan Encik Suami, Fairuz dan Firdaus sahaja di sini. Fairuz memesan Traditional Kadazan Bento dan Firdaus minta pizza serunding ayam.

Set Miagal di Gulu-Gulu. Nasi  di dalam buluh dengan pelbagai lauk termasuk sayur, jeruk bambangan, tuhau, sambal belacan, ikan masin dan sebagainya.

 Tambah menarik, bila dihidangkan dengan minuman halia panas!

 Amie memesan minuman Wild Mojito, iaitu jus buah mangga liar atau bambangan.

Hidangan yang Amie pesan selain nasi linopot, lauk pasuknya terdiri daripada:
Sayur paku-pakis, tuhau, hinava, jeruk bambangan, telur masin, ikan masin, dan hirisan mentimun.

 Ada lagi lauk lain di luar dulang iaitu sup rebung dan ikan basung masak ampap.

 (Hasil tangkapan menggunakan HP cap kapak...hiks). Tak apalah, yang penting dapat lihat sama-sama. Inilah jeruk bambangan (warna kuning) dan disebelahnya itu hinava.

 Sayur paku itu sedap!
Memang betul-betul hidangan tradisional ala-ala kampung gitu.

 Tidak ketinggalan, disediakan juga sambal belacan!

 Jom makan sama.
Tak habis makan seorang nih!


 Hidangan Miagal di Gulu-Gulu yang sungguh menarik!

Ada sambal dan ikan masin goreng.

 Nasi yang dihidangkan merupakan red rice bario.

 Firdaus menanti dengan sabar pizza yang dipesannya.
Pizza serunding ayam ini kami rasa sedap, dan mungkin itu sebabkan kali kedua datang ke sini, Firdaus meminta pizza ini lagi.

 Teruja sunggu dia dengan pizzanya!








 Sekeping demi sekeping Firdaus makan pizza!

 Tak sangka pula dia boleh menghabiskan lebih dari separuh pizza!

Amie cuba sekeping, dan memang sedaplah bagi Amie sebab tepungnya tidak tebal! Amie memang suka pizza begini.

 Firdaus siap berpesan, kalau datang ke KK lagi dia mahu makan pizza di sini lagi.

Terakhir, kami dihidangkan dengan semangkuk kecil bubur... tak ingat dah bubur apa....hiks!
Terima kasih buat anak buah, kerana tiba-tiba datang sewaktu kami sedang menanti hidangan, dan kemudian bayarkan pulak.... rezeki Allah pada hari itu.

Tangkap gambar di sini untuk kenangan sebab dekorasinya sungguh menarik hati dengan pelbagai hiasan tradisional.































 Tak tahu bila berpeluang untuk datang lagi ke sini.
udah-mudahan ada kesempatan di lain masa.

1 ulasan:

  1. Menarik sangat konsep restoran Kadazan-Dusun ni, Kak Amie. Ni kalau sy datang dgn Pak Inche kenalah pesankan nasi goreng atau pizza utk dia nampaknya. Sy boleh makan makanan tradisional tu sorang², hahahah.

    BalasPadam