Meriah sungguh dunia masakan di negara kita!
Sebut 'nasi goreng' pelbagai rupa bentuk hidangan 'nasi goreng' di ruang mata. Nampak sungguh rakyat Malaysia kreatif dan inovatif dalam menghasilkan satu-satu resepi.
Bagaimana kalau ada orang sebut 'nasi goreng kampung'?
Apa yang terbayang di fikiran anda?
Barangkali ada yang membayangkan sepinggan nasi goreng dengan perencah dan ramuan yang terdiri dari ikan bilis, kangkung dan rasanya sudah semestinya pedas dek cili padi!
Siapa yang mencipta resepi nasi goreng kampung ini?
Adakah memang sedemikian bahannya dan juga rasanya?
Mari kita kongsi secara jujur apa yang kita tahu dan faham tentang nasi goreng kampung.
Mengikut pengetahuan dan pengalaman serta pemahaman Amie, nasi goreng kampung ini pada asalnya diolah dengan menggunakan lebihan nasi. Lebih tepat, nasi lebihan makan malam dan keesokan paginya digoreng dijadikan sarapan. Perencahnya pula tidaklah semestinya mengandungi ikan bilis, kangkung dan cili padi. Faham-faham sahajalah, orang kampung yang terdiri daripada para petani dan penoreh getah, sudah tentunya hanya mampu menyediakan sarapan pagi seadanya.
Nasi goreng yang biasa Amie makan dan temui sewaktu kecil-kecil dulu di kampung, termasuklah nasi goreng campur kerang, nasi goreng campur telur, nasi goreng campur ikan bilis, nasi goreng campur ikan atau ikan kering, nasi goreng belacan dan yang sewaktu dengannya.
Nasi goreng tersebut tidak semestinya pedas, dan tidak semestinya dibubuh cili padi.
Rupanya nasi goreng kampung sudah diangkat menjadi hidangan istimewa dan memiliki identitinya yang tersendiri. Itulah barangkali muncul resepi asas nasi goreng kampung perlu mengandungi bahan seperti ikan bilis, kangkung, dan juga rasa pedas cili padi. Kita sepatutnya merasa bangga kerana nasi goreng kampung yang pada mulanya diolah daripada nasi sejuk, nasi lebihan makan malam agar tidak membazir, kini sudah diangkat martabatnya dalam dunia masakan. Untuk menghasilkan nasi goreng kampung atau sebarang nasi goreng lain, tidak perlu menunggu lebihan nasi yang disimpan semalaman kerana tidak habis dimakan pada waktu malam. Sebaliknya, nasi goreng kini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana saja di negara kita. Dahulu, kita menikmatinya sebagai sarapan pagi, tetapi pada hari ini nasi goreng apa sahaja namanya (nasi goreng itu dan ini) boleh dinikmati tanpa mengira waktu sama ada sebelah pagi, tengahari, petang atau pun malam!
Hebatnya yang bernama nasi goreng!
Ini rupa hidangan Nasi Goreng Kampung dari Amie's Little Kitchen....hiks!
Jom sarapan pagi sebelum kita mulakan rutin harian.
Antara bahan perencah yang digunakan untuk memasak Nasi Goreng Kampung.
Kalau dahulu ikan bilis ditumbuk kasar bersama bawang putih dan bawang merah, tetapi kini pelbagai resepi muncul dengan cara masakan yang sedap-sedap. Jadi, apa salahnya kita cuba cara tersebut. Lagi pun di mana-mana kedai atau restoran yang menawarkan nasi goreng kampung, memang ikan bilis goreng tidak ditinggalkan. Menu nasi goreng kampung yang sering kita temui, biasanya ikan bilis goreng akan ditabur di atas nasi goreng, dan ada juga yang dicampur dalam nasi goreng tersebut.
Jangan lupa perencah asas nasi goreng iaitu bawang putih dan bawang merah. Jika suka boleh tambah sedikit belacan. Amie gunakan sedikit sahaja tau...kalau bubuh lebih, dah jadi nasi goreng belacan pulak...ahakas! Tambahkan juga beberapa biji cili padi. Kalau tak suka tumbuk, boleh hiris cili padi, dan taburkan atas hidangan nasi goreng sebelum menikmatinya. Kalau tergigit hirisan cili padi ketika makan, itulah rasa pedas yang paling nikmat!
Amie tambahkan jagung tin dan juga lobak merah segar.
Nampak tak ada unsur kreativiti dalam pengolahan masakan nasi goreng kampung? Jangan marah ye...hiks!
Dan juga hirisan kacang panjang.
Bila kuning, hijau dan oren bertemu, bukankah akan menghasilkan kombinasi warna yang lebih menarik? He heeee... sebenarnya Amie tidak ada kangkung, jadi gantikan dengan kacang panjang. Selain kacang panjang, nak bubuh sawi atau kubis pun boleh.
Hirisan kacang panjang segar apabila dimasak bersama nasi goreng, memang akan timbul aromanya yang tersendiri. Sedap sangat!
Wokey.... cantik! Boleh tambahkan sebagai perencah.
Jangan lupa watak utama resepi Nasi Goreng Kampung iaitu nasi putih. Mari kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan :
4 cawan nasi putih
1 cawan ikan bilis - goreng dan toskan
1/2 batang lobak merah - buang kulit - potong dadu
1/2 tin jagung dalam tin
4 batang kacang panjang - hiris kecil
1 paket Serbuk Nasi Goreng Kampung
3 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil belacan
10 biji cili padi
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Kemudian masukkan lobak merah dan tums seketika.
3. Masukkan jagung dan kacang panjang. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan nasi putih dan serbuk nasi goreng. Gaul sebati. Tambahkan garam atau bahan perasa lain.
Nasi Goreng Kampung dari dapur Amie siap untuk dihidangkan.
Sedapnya!
Memang sedap!
Sangat sedap!
Firdaus kata nasi goreng ni sedap!
Jemput sarapan pagi ye.
Nasi goreng kampong Amie, nampak pon dah tau menyelerakan.. mcam-macam ada. Rasa macam nak hulur pinggan kosong ja
BalasPadammak aihh meriah gile nasi goreng dia..macam macam adaaa =)
BalasPadamNi bkn nasi grg kampung dh ni tp nasi goreng kayangan dh..
BalasPadam