Pages

Selasa, 4 Disember 2018

Nasi Goreng dengan Daging Kisar

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Dah sarapan ke belum?
Mari jemput makan Nasi Goreng dengan Daging Kisar di dapur Amie.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk kongsi resepi di pagi hari walaupun asyik menu yang sama...hiks! Memang seronok dapat meneruskan hobi berkongsi masakan walaupun masanya sangat terbatas. Mungkin esok tak dapat bersiaran di pagi hari, sebab malam tadi Encik Suami sudah membayangkan untuk jalan-jalan....ahaks!
Jom kita lihat resepi Nasi Goreng dengan Daging Kisar di bawah ini. Nampak Firdaus di meja makan tadi, macam sedap jew dia makan. 

Bahan-bahan:
5 cawan nasi putih
200 gram Daging Lembu Kisar Ramly
1/2 batang lobak merah - buang kulit - belah dua dan hiris nipis
3 batang kacang panjang - hiris serong
1/2 tin jagung dalam tin
1 labu bawang besar Holland - cincang
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm belacan

 Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar bersama lobak merah dan kacar rata. Biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan kacang panjang dan jagung, diikuti dengan nasi putih.
5. Gaul sebati, dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

5 ulasan:

  1. cantik je rupa ns grg nih dengan hiasan tlr dadar tuh...

    dana jarang2 msk ns grg ngn daging kisar... nampak sdp jgk nih... n sesuai nk cuba

    BalasPadam
  2. alahai...cantik pulak buat telur dadar camtu. nak tirulah nanti. haha

    saya tak pernah buat nasi goreng daging kisar, mujur Amie share...dapat idea. Kadang boring masak yg sama je kan.

    BalasPadam
  3. Nasi goreng memang fav ni Mir tambahan ada daging adoii meleleh ai lio ni

    BalasPadam
  4. Cantik hiasan telur dadar tu..elok gulungnya..

    BalasPadam