Pages

Sabtu, 8 Disember 2018

Jalan-Jalan Tengok Ikan di Tagal Sungai Moroli, Ranau.

Lebih 2 dua minggu Firdaus asyik sebut nak tengok ikan! Nak tengok arnab!
Akhirnya pada hari Rabu lepas, 5 Disember tertunai juga hasratnya untuk melihat ikan di Sungai Moroli, Ranau.

Nampaknya ini kali ketiga kami sampai di sini. Konon nak rendam kaki, nak rasa ikan cuit-cuit, gigit-gigit daki...hiks!

 Jangan lupa beli tiket di kaunter.
Waktu kami tiba, tempat letak kereta penuh!
Tapi kami terjah saja.
Alhamdulillah, dapat juga tempat.

 Deretan gerai masih seperti dulu, tiada perubahan.

 Makanan ikan yang dibeli pun sangat terhad!
Tak boleh berlama-lama di sini.
Sampai tempoh yang ditetapkan, anda akan dipanggil meninggalkan sungai sebab ada lagi pengunjung lain yang sedang menunggu.

 Walaupun banyak kali kata nak tengok ikan, nak main ikan, tapi sampai masanya Firdaus tak mahu jejakkan kakinya ke dalam air!

 Fairuz paling seronok bermain dengan ikan-ikan jinak ini! Dapat pula dia menyentuh ikan!

 Firdaus hanya berani berada di tepi sungai, sambil memberi makan ikan.


 Jinaknya ikan!
Tak takut langsung dengan tangan Fairuz!








 Ya Allah!
Senangnya Fairuz tarik kepala ikan!




 Haaaa......!
Apa dibuat tu?

 Fairuz dapat angkat seekor ikan!

 Sampai masa dipanggil untuk keluar dari kawasan ini, Firdaus tetap tak mahu sentuhkan kakinya ke dalam sungai!

 Jom kita keluar.

 Sebelum itu lihat-lihat dahulu apa yang ada di sini.
Kalau haus atau lapar, boleh singgah di mana-mana gerai untuk membeli air minuman dan juga makanan ringan.

Kraftangan pun ada dijual di sini.

Selipar pun ada dijual.
Kalau lupa bawa selipar atau takut kasut kotor, bolehlah beli selipar di sini.

 Kuih penjaram pun ada.
Panas-panas lagi tu.
Peniaga kuih menggorengnya di dalam gerai.

 Cekodok durian.
Ubi kayu goreng.
Jejari ubi manis. Ubi manis ialah keledek.










Ini sahajalah cerita kami bawa Firdaus jalan-jalan tengok ikan di Tagal Sungai Moroli, Ranau.

4 ulasan:

  1. bestnya....
    tp kalu sya pun geli lah ngn ikan2 tu... udahla bsr2 banyak lak tu hehehh...

    mcm2 makanan jual kt situ ye, klu dh puas bermain ngn ikan, nampak lak makanan tu msti rasa nk beli...

    BalasPadam
  2. Asalam..semakin maju di sana..dulu 2013 ada saya ke sana..nampak gambar puan ni terasa nak pergi lagi lah ..Masa tu ikan2 tak sebesar itu ..boleh pegagng kan..Subahanallah

    BalasPadam
  3. Norhidana,
    memang geli tapi suka tengok ikan besar2 tu.

    Etuza,
    waalaikumussalam.
    Memang besar2 saiz ikan di situ.

    BalasPadam
  4. Biasa dok tgk kekawan up citer ikan2 ni..jinak bkn main ya..

    BalasPadam