Selamat petang semua.
Kali ini Amie nak kongsi resipi Sup Lidah Lembu.
Biasanya Amie lihat kakak ipar Amie akan campurkan lidah lembu bersama daging, sama ada untuk masakan kari atau masakan lain. Dan kakak ipar akan bersihkan lidah lembu begitu sahaja dengan menyisit bahagian luar lidah tersebut tanpa perlu membakar atau mencelurnya terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengikis atau mengupas selaput lidah lembu yang keras itu. Amie tak dapat bersihkan lidah lembu sebagaimana kakak ipar selalu buat. Jadi Amie celur terlebih dahulu lidah lembu yang akan Amie masak ini.
Memandangkan hanya Amie dan Encik Suami sahaja yang 'berkenan' untuk menikmati sup lidah lembu, jadi Amie hanya masak 300 gram sahaja. Selebihnya (Amie celur lebih 1 kg berat bahagian lidah lembu), Amie simpan untuk dimasak pada masa yang lain.
Lidah lembu agak panjang ukurannya, walaupun lidah sebenar yang hendak dikikis atau dibuang bahagian selaputnya yang keras tidaklah begitu panjang. Amie potong menjadi dua bahagia, dan bahagian belakang lidah tersebut Amie belah dua. Setelah dicelur, keluarkan lidah lembu tadi, dan kikis bahagian yang hitam dan keras.
Inilah hasilnya lidah lembu yang sudah dicelur dan kemudian dikikis, tapi masih ada sedikit (kesan kikisan yang tidak merata) yang perlu dibersihkan.
Tak sabar rasanya untuk melihat Sup Lidah Lembu hasil air tangan sendiri!
Amie ambil lebih kurang 300 gram bahagian lidah lembu tadi, dan rebus semula hingga lembut. Sementara itu, mari kita lihat resipi yang Amie kongsikan d bawah ini. Amie gunakan Rempah Sup Baba's.
300 gram lidah lembu - rebus hingga lembut - dan hiris nipis
1 biji tomato - belah 4
1/2 batang lobak merah - potong bulat
2 biji kentang saiz sederhana - belah 4
1 sudu besar Rempah Sup Baba's
rempah 4 sekawan - kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
1 liter air
garam / gula / perasa pilihan
hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 cm halia
Sengaja Amie tambahkan tomato dan lobak merah untuk tambah warna-wani dalam masakan. Lagi pun lobak merah akan mengeluarkan rasa manis, jadi bertambah sedaplah sup lidah lembu ini nanti...ahaks!
Satu lagi bahan yang Amie selalu gunakan dalam masakan ialah bawang besar, yang juga akan mengeluarkan aroma yang enak ketika digoreng, juga mengeluarkan rasa manis dalam masakan. Halia, bawang putih dan bawang merah hendaklah ditumbuk.
Jangan lupa tambahkan kentang.
Tak masuk kentang pun tak jadi kesalahan juga...hiks!
Inilah bahagian lidah lembu yang telah direbus hingga lembut. Hirislah atau potonglah ikut suka, dan lebih elok kalau hiris agak nipis.
Rempah penumis jangan ditinggalkan. Lada putih tu ditumbuk ye. Yang lain seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.biarkan begitu sahaja. Dah cukup semua bahan? Wokey... mari kita mulakan proses memasak sup.
1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk. Goreng bawang besar hingga layu.
2. Masukkan bahan tumbuk dan goreng kacau.
3. Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan. Tumis hingga naik bau.
5. Setelah kuah mendidih, masukkan kentang bersama lobak merah dan juga hirisan lidah lembu. Biarkan mendidih sekali lagi dan kentang menjadi lembut.
6. Kemudian masukkan tomato. Masak seketika. Kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
8. Kacau sekali dua. Padamkan api dapur.
Sup Lidah Lembu sedia untuk dihidangkan.
Jemput ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan