Pages

Isnin, 26 November 2018

Jeruk Mangga Asam Boi yang Sangat Sedap!

Sesekali menikmat Jeruk Mangga Asam Boi memang sedap!
Jom kita buat jeruk mangga. Tak lama pun nak menunggu untuk masuk mulut...hiks!
Amie gunakan mangga epal.

Rasa kecur tak?

Mangga epal yang Amie gunakanuntuk dijeruk ini pun bukannya mengkal semuanya! Amie suka yang mengkal, antara masak dan mentah, antara masam dan manis. Sederhana gitu.... sedap!

Kan dah kata.
Tak sekata isi dalam kulit mangga epal itu. Ada yang hampir masak, ada yang kuning, ada yang tua. 6 biji mangga epal ini beratnya lebih kurang 1 kg termasuk kulit! Mula-mula kita cuci bersih kulit mangga. Kemudian kita kupas kulitnya.

 Kemudian potonglah ikut suka. Kalau masih basah, toskan seketika.

 Masukkan hirisan mangga ke dalam sebuah bekas.

 Amie bubuh 1/2 sudu kecil garam, dan 10 biji hiirisan cili padi.

 Tambahkan 10 bji asam boi. Tak kisahlah asam boi putih atau merah.

 Amie taburkan 3 sudu besar gula pasir.

Untuk rasa dan aroma lebih segar, tambahkan 5 biji limau kasturi. Perahkan jusnya ke dalam bekas mangga, dan bubuh sekali kulit limau kasturi di situ.

 Gaul rata.
Nak tambah sedap?
Jom kita bubuh serbuk asam pula.

 Amie bubuh 3 sudu besar serbuk asam.

Gaul sebati.
Dah siap dan boleh dinikmati.
Kalau masih boleh bersabar, cari penutup bekas mangga tu dulu.
Kita simpan dalam peti sejuk.

 Tak sampai setengah jam, hati digaru untuk menjenguknya!

 Nampaknya Jeruk Mangga Epal Asam Boi sudah berair-air!

Sejuknya pun tak berapa....
Tapi tangan dah capai sepotong.
Nyum..nyuummmm!
Ambil sedikit masuk dalam mangkuk, dan selebihnya masukkan semula dalam peti sejuk.... hiks!

2 ulasan:

  1. Terliur PH tengok jeruk mangga tu, Amie! Mesti buat this weekend, kalau tidak tak habis2 mengidam :)

    BalasPadam
  2. PH,
    kena buat juga ye... nanti termimpi2 pulak hahaaaaa.

    BalasPadam