Salam sejahtera buat semua.
Dah makan tengahari?
Jom makan sama di dapur Amie, nasi putih lauk Ikan Belais Tembaga Panggang cecah Air Asam Budu.
Sesekali makan ikan panggang cecah air asan budu Cap Ketereh memang sedap!
Pangganglah ikan kegemaran masing-masing, asalkan dapat memenuhi selera. Amie panggang ikan belais tembaga. Isi ikan ini lembut dan putih. Dan sudah tentunya sedap walaupun hanya digoreng saja! Walaupun saiz ikan ini agak besar, tapi boleh habis makan seekor....hiks! Kalau berkesempatan datang ke negeri di bawah bayu, sesekali cubalah pula ikan belais tembaga selain ikan merah, jenahak,udang, sotong, ketam dan lobster.
Resipinya mudah sahaja. Hanya bersihkan ikan, kemudian perap seketika dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Amie panggang dalam kuali ajaib. Pencecahnya pula Amie tumbukkan beberapa biji cili padi, dan ditambah dengan cili padi hiris. Amie cincangkan bawang merah, dan tomato ceri. Kemudian Amie bubuh budu dan perahkan jus limau kasturi.
Tak sabar nak makan!
tuangkan saja pencecah budu air asam tu atas ikan.
Bismillah.
Salam Kak Amie.
BalasPadamPunya la lapar tengok ikan bakar ni.Air asam budu tu pun bikin terliur oh.
kaknoor teringin tengok ikan dengan air asam budu jugak
BalasPadamstok budu dah habis ni dah cari beberapa kedai disini boliaw haha
salute utk Amie lah tau semua nama2 ikan kaknoor fail kalau nama ikan tu