Pages

Khamis, 29 November 2018

Asam Rebus Ikan Lausu (Landuk / Kutambak)

Banyak sangat nama ikan ini.
Ada yang panggil ikan landuk, ikan pelanduk, ikan mempinang dan yang sewaktu dengannya. Di sini, peniaga dan penduduk tempatan memangilnya sebagai ikan lausu dan juga ikan kutambak.
Biasanya kami beli saiz kecil dan sedap rasanya walaupun hanya digoreng sahaja.

Oleh kerana saiz ikan lausu ini agak besar dan sudah siap dipotong-potong oleh peniaga ikan, kami membeli tiga keping sahaja. Itu pun beratnya 1.5 kg!

 Amie masak sekeping sahaja. Hirisannya pula agak tebal, rasanya menghampiri 3 cm juga ni.

 Oleh kerana ikan ini sudah bermalam-malam dalam peti sejuk, jadi beginilah rupanya.

 Amie masak asam rebus sahaja. Ringkas dan mudah. Masakan ini juga lebih menyihatkan. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 keping ikan lausu - seberat 500 gram
12 biji kacang bendi - bilas dan toskan - potong tampuk dan ekor
1 labu bawang besar - mayang kasar
7 biji cili padi
2 keping asam gelugur
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 liter air
garam / perasa pilihan 

Bahan kisar:
3 biji cili merah - belah 2 dan buang biji
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah 
1/2  sudu kecil belacan 


 Jangan lupa kisar bahan-bahan di atas ini.

Cara:
1. Didihkan air bersama bahan kisar dan serai.
2. Setelah mendidih masukkan asam keping, bawang besar, serbuk kunyit, ikan lausu, dan cili padi.
3. Masak selama 10 minit, dan kemudian masukkan kacang bendi. Biarkan seketika.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Hidangkan panas.

Amie ambil masa agak lama (10 minit) untuk memastikan isi ikan masak memandangkan hirisan ikan yang agak tebal.

Sekian.
Cerita untuk malam ini.

4 ulasan:

  1. Salam Kak Amie.

    Sedapnya bah saya tengok asam rebus ikan ni.Terbayang2 suda.Nampak macam ikan merah pun ada.

    BalasPadam
  2. sedapnya tgk menu ni, akan2 asam pds nih tp tak guna cili kering...n di rebus je

    tak pernah lak dgr nama ikan ni , ni ikan air tawar ke air masin ye
    besar betul ikan nya tu klu 3 keping dh sekilo lebih

    BalasPadam
  3. Rahel,
    Ya, macam ikan merah kan. Keluarganya kali.

    Norhidana,
    ikan laut ni.

    BalasPadam
  4. S3dap hirup kuah..lps tu baru makan isinya..

    BalasPadam